Friday, November 12, 2010

JADUAL CATUAN AIR BAGI PENDUDUK KLUANG

KENYATAAN DARI SAJ HOLDINGS SDN. BHD.

Pengguna yang dihormati,
Sungguhpun kuantiti air mentah di Empangan Sembrong Barat mencukupi, namun kualitinya terjejas akibat proses semulajadi yang menyebabkan Loji Rawatan Air Sembrong Barat yang dikendalikan oleh Southern Water Corporation (SWC) tidak berupaya merawat dalam kapasiti normal.
Pengeluaran terpaksa dikurangkan menyebabkan beberapa kawasan tidak dapat dielakkan untuk menerima bekalan air berjadual. Sila rujuk jadual di bawah untuk merancang penggunaan air anda.
Jadual ini dengan sendirinya dibatalkan apabila keadaan kembali normal. Gunakan air secara berhemah.

Segala pertanyaan, sila hubungi SAJ Info Center di Talian Mesra 1 800 88 7474 atau SMS 019 772 7474 atau email customer.care@saj. com.my

Wednesday, November 3, 2010

Aktiviti di Kluang bulan November 2010

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI PERAK PERTUBUHAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM KLUANG (PKAYIK)

Tarikh : 7hb. November 2010 (Ahad)
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Kompleks Asrama PKAYIK

Aturcara majlis :
11.30 pagi - ketibaan YAB Menteri Besar Johor
11.45 pagi - bacaan doa
11.50 pagi - bacaan Al-Quran dan terjemahan
12.00 tghr - persembahan nasyid
12.10 tghr - ucapan Yang DiPertua PKAYIK (Yang Bhg. Datuk Hj. Gapar bin Gurrohu)
- ucapan YAB Menteri Besar Johor
- penyampaian anugerah
- lawatan sekitar asrama
- jamuan

......................................................................

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS MEMBELI-BELAH KLUANG MALL

Tarikh : 7hb. November 2010 (Ahad)
Masa : 3 petang
Tempat : Ruang Legar Pentas Utama Kluang Mall

Aturcara majlis :
- ketibaan YAB Menteri Besar Johor
- upacara memotong riben & belon oleh YAB Menteri Besar
- persembahan tarian pembukaan - 1 Malaysia
- nyanyian lagu Bangsa Johor & Negaraku
- bacaan doa
- persembahan video - dokumentari pengenalan Kluang Mall
- ucapan aluan oleh En. Tey Ah Kau, Pengarah Urusan Kluang Mall
- ucapan perasmian oleh YAB Menteri Besar
- penyampaian cenderahati
- lawatan YAB Menteri Besar ke kedai-kedai di Kluang Mall
- jamuan di Aras 2
- sidang akhbar

.....................................................................

MAJLIS SAMBUTAN HARI DEEPAVALI PARLIMEN SEMBRONG

Tarikh : 13hb. November 2010 (Sabtu)
Masa : 12 tengah hari
Tempat : Dewan MPK Paloh

Aturcara majlis :
12.oo tghr - ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Ahli Parlimen Sembrong merangkap Menteri Dalam Negeri
- ucapan Pengerusi MIC Bahagian Sembrong
- ucapan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
- persembahan kebudayaan
1.30 ptg - Majlis Penyampaian Sumbangan kepada warga tua / ibu tunggal dan fakir miskin
2.00 ptg - jamuan makan tengah hari

.............................................................................

KARNIVAL GAYA HIDUP RAKAN MUDA DAN JOM CENTRE PERINGKAT NEGERI JOHOR BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN D.Y.M.M. BAGINDA SULTAN JOHOR 2010

Tarikh : 19-21hb. November 2010
Tempat : Dataran Persiaran Hj. Ismail Hassan, Kluang

Pengisian program :

19hb. November 2010 (Jumaat)
2.30 ptg - 11.00 mlm - Pameran Agensi Kerajaan / Swasta / IPTA / IPTS / NGO's
3.00 ptg - 6.00 ptg - Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3 Terbuka Kluang
4.30 ptg - 6.30 ptg - Pertandingan Kompang Berirama Terbuka Kluang
9.00 mlm - 11.00 mlm - Program Jom Gi Umrah / Diskusi bersama Imam Muda / Persembahan Nasyid Kumpulan DIMENSI

20hb. November 2010 (Sabtu)
9.00 pg - 11.00 mlm - Pameran Agensi Kerajaan / Swasta / IPTA / IPTS / NGO's
9.00 pg - 11.00 pg - Perhimpunan Wajadiri
9.00 pg - 4.30 ptg - Bengkel dan demonstrasi grafiti
11.00 pg - 5.30 ptg - Kejohanan Street Soccer 3 on 3
11.00 pg - 5.30 ptg - Kejohanan Bola Jaring
11.00 pg - 6.00 ptg - Sony Playstation "Wining Eleven Contest"
11.00 pg - 6.00 ptg - Demonstrasi dan pertandingan Remote Control
2.30 ptg - 5.30 ptg - Pertandingan Senibudaya 1Malaysia (peringkat saringan) Tarian Tradisional Melayu & India
6.30 ptg - 8.45 mlm - Pertandingan Tarian Singa
9.00 mlm - 11.00 mlm - Majlis Perasmian Karnival Gaya Hidup Rakan Muda dan JOM Centre Peringkat Negeri Johor
11.00 mlm - 12.00 mlm - Persembahan artis jemputan (Ezad Exist) dan selebriti Astro

21hb. November 2010 (Ahad)
9.00 pg - 6.00 ptg - Pameran Agensi Kerajaan / Swasta / IPTA / IPTS / NGO's / Demonstrasi Inovasi
8.30 pg - 9.15 pg - Senaman J.Robik Perdana / Persembahan J. Robik Berformasi
- Pendaftaran Shuffle Rakan Muda
9.30 pg - 11.00 pg - Pertandingan Shuffle Rakan Muda
9.00 pg - 3.00 ptg - Sony Playstation "Wining Eleven Contest"
11.30 pg - 12.00 tghr - Demonstrasi Remote Control "Helicopter / Jet"
- Pertandingan karaoke terbuka & Pertandingan live band
12.00 tghr - 6.00 ptg - Pameran Motorsikal Antik & Motorsikal Kuasa Besar
4.00 ptg - 5.00 ptg - Pertandingan Busana Ratu Kebaya
5.30 ptg - 6.00 ptg - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan
.............................................................................

MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN IKRAR TAAT SETIA SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN D.Y.M.M. SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Tarikh : 22hb. November 2010 (Isnin)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Masa : 8.00 pagi

Aturcara majlis :
8.00 pagi - Ketibaan jemputan
8.15 pagi - Pasukan perbarisan beruniform mengambil tempat
8.30 pagi - Dif-dif jemputan mengambil tempat dalam dewan
8.45 pagi - Ketibaan Yang Bhg. Tuan Pegawai Daerah Kluang serta isteri disambut oleh Pentadbir Tanah Daerah, Ketua Polis Daerah dan Wakil Panglima 7 Briged Infantri Kluang serta isteri masing-masing
- Yang Bhg. Tuan Pegawai Daerah naik ke astaka dan seterusnya memeriksa Barisan Kehormatan
- Nyanyian lagu Bangsa Johor
- Yang Bhg.Tuan Pegawai Daerah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat yang disediakan
- Nyanyian lagu Bangsa Johor
- Doa Kesyukuran, dibacakan oleh Kadi Daerah Kluang
- Ucapan Tahniah daripada penduduk daerah Kluang, dibacakan oleh Pentadbir Tanah Daerah Kluang diiringi oleh 3 orang wakil kaum
- Titah Ucapan DYMM sultan Johor dibacakan oleh Yang Bhg. Tuan Pegawai Daerah Kluang
- Doa Sultan dibacakan oleh Kadi Daerah kluang
- Nyanyian lagu Bangsa Johor
- Yang Bhg. Tuan Pegawai Daerah dan isteri beredar ke Majlis Jamuan
- Jamuan teh
- Doa keberangkatan balik dibacakan oleh Imam Masjid Jamek Bandar Kluang
- Yang Bhg. Tuan Pegawai Daerah dan isteri beredar meninggalkan majlis
- Majlis bersurai

Tuesday, October 12, 2010

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kluang

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kluang:-

1. JURUAUDIT (TETAP)
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (TETAP)
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (TETAP)
4. PEGAWAI PENGUATKUASA (TETAP)
5. PENOLONG JURUAUDIT (TETAP)
6. PENOLONG AKAUNTAN (TETAP)
7. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) (TETAP)
8. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIKAL) (TETAP)
9. PENOLONG JURUUKUR BAHAN (TETAP)
10. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (TETAP)
11. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (TETAP)
12. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (TETAP)
13. PEMBANTU JURUAUDIT (TETAP)
14. PEMBANTU AKAUNTAN (TETAP)
15. JURUTEKNIK KOMPUTER (TETAP)
16. JURUTEKNIK (MEKANIKAL) (TETAP)
17. JURUTEKNIK (ELEKTRIKAL) (TETAP)
18. JURUTEKNIK (UKUR BAHAN) (TETAP)
19. PEMBANTU PENGUATKUASA (LETAK KERETA) (KONTRAK)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau dengan memuat turun borang di laman web
http://www.mpkluang.gov.my

MUAT TURUN BORANG JAWATAN KOSONG

MUAT TURUN SYARAT DAN CARA MEMOHON

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Pejabat kerajaan
86000 Kluang

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Oktober 2010

Thursday, September 23, 2010

Aktiviti di Kluang bulan ini...

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di daerah Kluang pada bulan ini :

25 September 2010
Program Ekspedisi Kasih anjuran Pejabat Daerah Kluang akan diadakan pada 25 September 2010, jam 11.30 pagi, bertempat di Perkampungan Orang Asli Sungai Peroh, Kluang.

25 September 2010
- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Komuniti Bestari Sri Lalang dan Jabatan Penerangan Daerah Kluang bermula jam 8 mlm, bertempat di Balai Raya Sri Lalang Bukit

26 September 2010
- Persembahan Pentarama Ceria Berinformasi Jabatan Penerangan Malaysia bermula jam 8 mlm, di Padang Awam Felda Ulu Penggeli

26 September 2010
- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Menteri Besar Johor Peringkat Daerah Kluang anjuran Pejabat Daerah Kluang dengan kerjasama Parlimen Sembrong, Kluang dan Simpang Renggam akan diadakan bermula jam 8 mlm, di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

30 September 2010
- Majlis Perasmian Pejabat Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya akan diadakan pada 30 September 2010, jam 10 pagi, bertempat di Dewan Bunga Raya, Bangunan Persekutuan Kluang.

Friday, August 6, 2010

SALAM RAMADHAN!

KAMI, WARGA PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KLUANG
DAN
JABATAN PENERANGAN DAERAH KLUANG
MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN
DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM






Monday, August 2, 2010

Khemah Kerja Pewaris Bestari 1Malaysia Peringkat Daerah Kluang Tahun 2010

Pada 30 Julai sehingga 1 Ogos yang lalu, Jabatan Penerangan Daerah Kluang telah mengadakan Khemah Kerja Pewaris Bestari 1Malaysia, bertempat di Pusat Pertanian Air Hitam. Seramai 43 orang pelajar telah menyertai Khemah Kerja ini, yang terdiri daripada 23 pelajar perempuan dan 20 pelajar lelaki dari SMK Tun Hussein Onn, SMK Seri Intan dan SMK Sultan Abdul Jalil.


Penceramah undangan, En. Shahrom Abdullah, Penolong Pengarah PSP Jabatan Penerangan Negeri Johor. Tajuk ceramah yang disampaikan, Rukun Negara

antara peserta yang terlibat

Penceramah undangan, En. Mohd. Nordeen bin Mukri, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Putrajaya. Tajuk ceramah - 1Malaysia

peserta khusyuk mendengar ceramah.


banyak lagi gambar semasa aktiviti berlangsung yang akan di upload kemudian...juga ringkasan mengenai aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung...

Thursday, July 29, 2010

Notis Gangguan Bekalan Air Di Daerah Kluang

Gangguan bekalan air di daerah Kluang akan berlaku pada 3 Ogos 2010, berikutan kerja penyelenggaraan di Loji Air Sembrong Timur, Kluang, mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 pagi.

Kawasan terlibat :
Jalan Johor Tenggara hingga ke SMK Jalan Kota Tinggi
Taman Gunung Lambak
Kg. Dato' Abd. Rahman Yassin
Hospital Baru
Taman Perumahan Rakyat

Pihak SAJ menasihati pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya ketika tempoh itu.

Sebarang masalah, hubungi Pusat Maklumat SAJ di talian bebas tol 1 800 88 7474, sms ke 019-7727474 atau email ke customer.care@saj.com.my

Friday, July 16, 2010

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang dibuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.

7 perkara itu adalah :

PERTAMA
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);

KEDUA
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

KETIGA
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar;

KEEMPAT
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

KELIMA
Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;

KEENAM
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan;

KETUJUH
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)


7 WASIAT YANG DITERJEMAHKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - secara ringkas

1. MALAYSIA - Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan)

Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri-negerinya terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah. Sarawak, Selangor dan Terengganu.

2. TANAH SIMPANAN MELAYU - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)

Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

3. REJIMEN ASKAR MELAYU - Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972

Seksyen tersebut menyatakan, "Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil ke dalam Askar Melayu Diraja"
Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua.
Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.

4. RAJA-RAJA MELAYU - Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan Permaisurinya)

Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun.

5. ISLAM - Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)

Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja / Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan / Raja, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

6. BAHASA MELAYU - Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan selaipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja.

7. KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)

Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan Bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lesen perniagaan.

Tuesday, July 13, 2010

Dilarang menghidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

Kemudahan di Pusat Maklumat Rakyat Kluang

Antara kemudahan yang disediakan di pejabat ini:
KAUNTER PMR

.................................................................................

RAK BAHAN PENERBITAN



..................................................................................

BAHAN RUJUKAN UPSR / PMR / SPM

.................................................................................

BAHAN PENERBITAN JABATAN

..................................................................................

RUANG KEMUDAHAN UNTUK PENGUNJUNG





Bahan penerbitan jabatan

Salam sejahtera,

Untuk makluman semua, bahan penerbitan jabatan yang terdapat di Pejabat Pusat Maklumat Rakyat Kluang adalah seperti berikut :

1. Bajet 2010 (buku)
2. Bajet 2010 1Malaysia Kemakmuran Bersama (Pamplet)
3. 1Malaysia (Pamplet)
4. 7 Wasiat Raja-Raja Melayu (Pamplet)
5. Memeta Wawasan Melaksana Amanah (Buku)
6. Sinar Mentari
7. Udhayam
8. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) (Buku)
9. Sin Xi Wang
10. ASEAN (Buku)

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan poster Perdana Menteri dan juga Yang DiPertuan Agong di pejabat ini.

Untuk mendapatkan bahan penerbitan tersebut, boleh datang sendiri ke :
Pejabat Pusat Maklumat Rakyat Kluang,
Aras 2, Bangunan Persekutuan Kluang,
86000 Kluang,
Johor
No. Tel : 07-7713966

Friday, July 9, 2010

Baju kurung warisan budaya

Istimewanya baju kurung adalah kerana ia menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan serta menambahkan kelembutan kepada gerak-geri pemakainya.

Dari segi sejarahnya, baju kurung dikatakan mempunyai kaitan dengan pakaian 'djallabiyah' yang berasal dari Mesir di mana ia diertikan sebagai baju longgar. Adalah sukar untuk membuktikan dengan tepat sejak bilakah baju kurung mula dicipta dan dipakai oleh masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa ia berasal dari Johor, iaitu kira-kira 200 tahun yang lalu semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar di Teluk Belanga, Singapura.

Terdapat beberapa jenis baju kurung, antaranya ialah Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Cekak Musang, Baju Kurung Riau-Pahang dan Baju Kurung Kedah. Sungguhpun pada umumnya kesemua jenis baju kurung mempunyai ciri-ciri persamaan, tetapi terdapat beberapa perbezaan yang ketara baik dari segi pola, potongan dan cara pemakaiannya.

Baju Kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Potongannya adalah labuh dan longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju ini dipadankan bersama kain sama ada dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri.

Baju Kurung Cekak Musang adalah sama dnegan baju kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher Baju Kurung Cekak Musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Potongan baju ini dipercayai menerima pengaruh dari India dan China.

Baju Kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosio budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

Manakala Baju Kurung Kedah pula dikatakan mempunyai pengaruh dari Siam. Ini kerana potongan baju ini hampir menyerupai blaus pendek Siam yang agak singkat dari baju kurung biasa. Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung atau pelikat yang dilipat ke depan dengan motif kepalanya di hadapan.

Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

Selain terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya, untuk menghasilkan rekaan yang lebih moden dan kreatif, baju kurung juga dihiasi dengan sulaman, kerawang, manik mahupun labuci. Material untuk menghasilkan baju kurung juga turut berubah. Kini, terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen dan banyak lagi. Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau majlis yang hendak dihadiri selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin bertujuan untuk kelihatan lebih anggun. Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung, dan ia dikenali sebagai Baju Kurung Moden.

Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

Monday, May 31, 2010

Gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian Program Khidmat Masyarakat PLKN

Seperti yg dijanjikan, kami paparkan gambar2 di sekitar Majlis Perasmian Program Khidmat Masyarakat yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong.

wira & wirawati mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama YB dan isteri



sidang bersama pihak media

pemakaian bib dan penyerahan bola sebagai simbolik penyerahan gelanggang KBS




PPD Kluang beramah mesra dengan YB



turut sama, ADUN Kahang, YB En. Vidyanandhan A/L Ramanandhan

PPD Kluang menyampaikan ucapan aluan

Program Khidmat Masyarakat PLKN

Pada 29hb. Mei 2010 yg lalu, Pejabat Penerangan Daerah Kluang dengan kerjasama Komuniti Bestari Mukim Kahang, JKKK Kg. Sri Lukut, Persatuan Belia Permata, Pengakap Kelana Kahang, dan Bulan Sabit Merah Cabang Kluang telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat bersama wira dan wirawati PLKN dari Kem Padang Hijau, Kluang. Program ini telah disertai oleh seramai 180 orang pelatih PLKN dan turut sama, jurulatih mereka serta Komanden Kem Khidmat Negara Padang Hijau, Mejar Mohd. Yusuf bin Mohamad.
.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong. Yang Berhormat hadir bersama isteri beliau, Datin Seri Tengku Marsilla binti Tengku Abdullah.

Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin sedang menyampaikan ucapan perasmian


antara wira & wirawati yg hadir




pelajar praktikal di Pejabat Penerangan Daerah Kluang dilatih untuk menjadi juruacara pada pagi itu

ucapan En. Abd. Razak bin Mohamad, Pegawai Penerangan Daerah Kluang

Ucapan Mejar Mohd. Yusuf bin Mohamad, Komanden Kem Khidmat Negara Padang Hijau






Gambar-gambar sekitar majlis perasmian akan dimasukkan kemudian.