Tuesday, March 30, 2010

Jawatan Kosong ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menyediakan program-program pelajaran kepada anggota koperasi di samping menyediakan khidmat keusahawanan dan perkhidmatan potongan gaji kepada kakitangan kerajaan untuk tujuan koperasi, kelab, kesatuan dan syarikat berkepentingan kerajaan.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat kami seperti berikut :

1. Pengurus Keusahawanan (Kontrak)
2. Timbalan Bahagian Akaun Kutipan dan Perhubungan Pelanggan
3. Ketua Unit Pembekalan dan Pemsaran (Kontrak)
4. Pegawai Keselamatan Harta dan Peralatan
5. Pegawai Pelajaran
6. Pegawai Pembekalan dan Pemasaran (Kontrak)
7. Pegawai Skim Perlindungan dan Khidmat Sosial
8. Juruanalisa Sistem
9. Pemberita
10. Setiausaha
11. Penolong Pegawai Pra Audit
12. Kerani Kanan
13. Pemandu
14. Pengasuh (Kontrak)

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan beserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :

PENGURUS UMUM
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
PETI SURAT 8797, PEJABAT POS KELANA JAYA,
46798 PETALING JAYA,
SELANGOR
atau emel ke sumber@angkasa.coop
laman web : www.angkasa.coop/images/iklan-jawatan-001-umsia-27.03.2010.pdf untuk iklan penuh

Tarikh Tutup : 5 April 2010

Jawatan Kosong RISDA Plantation Sdn. Bhd.

Kami (RISDA Plantation Sdn. Bhd.) adalah Anak Syarikat milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd. (NARSCO) yang sedang berkembang maju semenjak tahun 1996 dalam industri perladangan serta mempunyai beberapa pejabat cawangan di seluruh Semenanjung, dengan ini mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan di beberapa cawangan kami :

1. Eksekutif Ladang
2. Eksekutif Niagatani / Agro-Business
3. Eksekutif Pengurusan Perundangan
4. Eksekutif Akaun & Pentadbiran (Cawangan)
5. Kerani
6. Penyelia Ladang
7. Penyelia Niagatani
8. Pembantu Khas kepada Pengurus Besar

Permohonan secara bertulis dengan menyertakan maklumat peribadi beserta gambar pasport, kelulusan dan pengalaman serta sijil-sijil dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat berikut :

PENGURUS BESAR
RISDA PLANTATION SDN. BHD.
UNIT J, EXCELLA BUSINESS PARK
JALAN AMPANG PUTRA, AMPANG HILIR
PETI SURAT 13543, 50814 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03-42705104
No. Faks : 03-42705204

layari laman web www.risdaplantation.com.my untuk maklumat lanjut

Tarikh tutup : 9 April 2010

Friday, March 26, 2010

Jawatan kosong Banci Penduduk dan Perumahan 2010 - Jabatan Perangkaan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

Jawatan : Pembanci
Taraf : Sambilan
Kumpulan : Perkhidmatan Sokongan
Gaji : Hari / RM35.73 sehari
Elaun Khidmat Awam : RM5.00 sehari
Elaun Sara Hidup : RM13.04 sehari

Tempoh Perkhidmatan : 28 Jun 2010 - 22 Ogos 2010 (8 minggu)

Pemohonan hendaklah melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh tutup : 30 April 2010

Thursday, March 25, 2010

Kempen Kesedaran Alam Sekitar Sempena "Earth Hour" Negeri Johor

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor akan mengadakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar "Earth Hour" yang akan diadakan pada 26-27 Mac 2010 bertempat di Aras 1, Kompleks Menteri Besar, 79503 Kota Iskandar, Nusajaya, Johor, yang akan dirasmikan oleh Y.B En. Tan Kok Hong, Pengerusi J/Kuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Bangunan Pejabat Kerajaan, bangunan yang sesuai menyertai "Earth Hour" serta orang ramai digalakkan mengambil bahagian dengan memadam lampu pada 27 Mac 2010 mulai jam 8.30 hingga 9.30 malam (1 jam)

Rakyat Kluang, sama-samalah kita menyokong kempen ini dengan memadamkan lampu selama satu jam pada tarikh dan masa tersebut!

Wednesday, March 24, 2010

Jawatan kosong di Balai Seni Lukis Negara

Balai Seni Lukis Negara (BSLN), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut :

Penolong Juruaudit Gred W27 - 1 kekosongan (kontrak)
Pembantu Muzium Gred S17 - 1 kekosongan (sambilan)

Pemohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang BSLN 1/94 (pindaan 2009) yang boleh didapati secara percuma di Bahagian Khidmat Pengurusan BSLN atau boleh dimuat turun melalui laman web http://www.artgallery.gov.my/web/guest/62

Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat :

Ketua Pengarah
Balai Seni Lukis Negara
No. 2 Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p : Pengarah Khidmat Pengurusan)

Tarikh tutup : 29 Mac 2010

Tuesday, March 23, 2010

RM85.5j bina empangan di Kahang

Kerajaan negeri bercadang membina empangan baru di Kahang, Kluang bagi mengatasi masalah kekurangan air pada musim kemarau di daerah ini, membabitkan kos RM85.5j.

Pengerusi Jawatankuasa KPerdagangan Antarabangsa dan Industri Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata cadangan berkenaan sudah dikemukakan di bawah RMK-10.

Menurutnya, selepas disiapkan, Empangan Kahang mampu menghasilkan tambahan sumber air mentah pada kadar 134 juta liter sehari.

"Kerja pembinaan empangan berkenaan jika diluluskan akan bermula pada 2013." katanya.

Beliau berkata, selain pembinaan empangan baru, empangan sedia ada seperti di Sembrong akan dipertingkatkan kapasiti takungannya daripada 8.5 meter hingga 9.5 meter yang mampu menghasilkan kapasiti 25 juta meter padu air berbanding 18 juta meter padu ketika ini.

Menurutnya, Empangan Sembrong sebagai tebatan banjir dan sumber air mentah ke daerah Kluang akan dinaik taraf menerusi pembinaan alur limpah tambahan dengan kos kira-kira RM4j dan pembinaan akan bermula pada awal 2012.

"Untuk mengatasi masalah kekurangan air sungai pula, satu cadangan pembinaan pintu air 'inflatable rubber dam' di Loji Air Sembrong Timur turut dikemukakan membabitkan kos RM4j dan dirancang pembinaannya pada awal 2012."

Mengenai masalah kekurangan air ketika Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, Kok Hong berkata, pihak SAJ terpaksa mencadangkan pembekalan air secara berjadual di daerah Kluang bermula 13 Februari selepas mengambil kira faktor teknikal dan operasi pengeluaran bekalan air.

Beliau berkata, Fenomena El-Nino yang melanda negara sejak Jun tahun lalu menyebabkan takungan air serta paras sungai mengalami penurunan ketara dan memberi kesan kepada bekalan air terawat.

"Pada 4 Februari, paras air Sungai Sembrong berada pada paras 0.8 meter dan Loji Air Sembrong Timur masih dapat beroperasi seperti biasa tetapi pada 11 Februari, paras air merosot ke tahap 0.3 meter berbanding paras kritikal 0.5 meter dan terus menurun."

"Dari segi teknikal, loji bermasalah ialah di Sembrong Timur yang menerima air secara terus dari Sungai Sembrong dan mengikut trend semasa pada musim perayaan, penggunaan air akan meningkat sehingga 300 peratus," katanya.

Thursday, March 18, 2010

Bangunan Sultan Abd. Samad 1897


Pindaan Tarikh Cuti Umum Negeri Johor


Dengan hormatnya dimaklumkan kepada semua penduduk Negeri Johor bahawa berikut adalah pengumuman tarikh pindaan cuti umum bagi Negeri Johor :

1. Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor dipinda dari 8 April 2010 kepada 22 November 2010.
2. Hari Hol Almarhum dipinda dari 6 Rejab 1431H (19 Jun 2010) kepada 6 Safar 1432H.

Sehubungan itu, tarikh 8 April 2010 dan 19 Jun 2010 bukan lagi cuti umum.

Sumber : http://www.johordt.gov.my/

Bahan Penerbitan Jabatan

Salam 1Malaysia...

Kepada semua pengunjung Pusat Maklumat Rakyat Kluang, berikut adalah bahan penerbitan baru jabatan untuk edaran kepada orang awam :

1. ASEAN Overview - Inggeris
2. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) - Melayu
3. Info - Rukun Negara - Melayu
4. Info - Pertubuhan Persidangan Islam OIC - Melayu
5. Info - Menghayati Semangat Perpaduan - Melayu
6. Sin Xi Wang - Cina
7. Buku Kecil 1Malaysia - Tamil
8. Pamplet Demokrasi Berparlimen - Melayu
9. Pamplet 1Malaysia - Melayu
10. Pamplet Bajet 2010 1Malaysia Kemakmuran Bersama - Melayu
11. Pamplet 7 Wasiat Raja-Raja Melayu - Melayu
12. Bajet 2010 - Melayu
13. Poster Yang DiPertuan Agong / Permaisuri Agong
14. Poster Perdana Menteri
15. Poster Harapan 1Malaysia

Bahan-bahan penerbitan tersebut boleh didapati di :

Pejabat Pusat Maklumat Rakyat Kluang,
Aras 2, Bangunan Persekutuan Kluang,
86000 Kluang,
Johor
No. Tel : 07-7713966

Friday, March 12, 2010

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Johor

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan bagi jawatan berikut :

Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN KP11
Taraf Jawatan : Kontrak

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen atau mengambilnya sendiri di :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
Bahagian Pengurusan,
Aras 1, Bangunan Sultan Ibrahim,
80503 Johor Bahru

atau layari laman web http://www.johordt.gov.my/pentadbiran

Sila catitkan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang permohonan.

Borang yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN,
BAHAGIAN PENGURUSAN,
ARAS 1, KOMPLEKS MBBS,
KOTA ISKANDAR, 79503 NUSAJAYA

sebelum atau pada 22 MAC 2010

Wednesday, March 10, 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bagi jawatan-jawatan berikut :

1. Pegawai Ehwal Ekonomi (7 kekosongan)
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (15 kekosongan)
3. Penolong Akauntan (1 kekosongan)
4. Pembantu Ehwal Ekonomi (10 kekosongan)
5. Pembantu Tadbir Kewangan (1 kekosongan)
6. Pembantu Makmal (1 kekosongan)
.
Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web LPNM : http://www.mpib.gov.my
.
Permohonan hendaklah dihantar terus ke :
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
NO. 5, WISMA NANAS
JALAN PADI MAHSURI
81200 JOHOR BAHRU
(u.p Bahagian Khidmat Pengurusan)
.
Tarikh tutup permohonan : 22 Mac 2010

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :
.
1. Akauntan W41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Penolong Akauntan W27
4. Penjaga Jentera Elektrik R17
5. Pembantu Hal Ehwal Ekonomi E17
6. Pemandu Kenderaan R3
7. Pekerja Awam R1
8. Pembantu Am Pejabat N1
.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang FAMA 1-08 atau secara online melalui laman web FAMA http://www.fama.gov.my
.
Alamat permohonan dan tarikh tutup :
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)
BANGUNAN FAMA POINT
LOT 17304 JALAN PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES, SELANGOR
(u.p Cawangan Perjawatan)
sebelum atau pada 22 Mac 2010