Tuesday, April 27, 2010

Bahan penerbitan

Untuk makluman semua pengunjung Pusat Maklumat Rakyat Kluang, berikut adalah bahan-bahan penerbitan jabatan untuk edaran umum yang masih ada dan boleh didapati di pejabat ini :

ASEAN Overview, edisi Bahasa Inggeris


Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Info - Rukun Negara

Info - Menghayati Semangat Perpaduan

Info - OIC

7 Wasiat Raja-Raja Melayu
Bahan penerbitan lain :
1. Potret Yang DiPertuan Agong / Permaisuri
2. Potret Perdana Menteri
3. Poster Harapan 1Malaysia

Monday, April 12, 2010

Pusat Maklumat Rakyat Kluang di Facebook

Pusat Maklumat Rakyat Kluang kini telah mempunyai akaun Facebook. Sila click link ini untuk menjadi menyertai kami :
http://www.facebook.com/group.php?gid=108134502560712&ref=nf

Thursday, April 8, 2010

PUSAT SUMBER PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (BAHAGIAN PENGURUSAN)

KENYATAAN DARIPADA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR :

Dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Pengurusan) telah menubuhkan sebuah Pusat Sumber yang mempunyai beberapa koleksi seperti Warta Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan, Buku Undang-Undang, Istiadat dan Protokol Negeri Johor, Pekeliling-Pekeliling Kerajaan dan buku-buku ilmiah sebagai tempat rujukan kakitangan kerajaan.

Sehubungan dengan itu Pusat Sumber ini dibuka kepada semua kakitangan kerajaan untuk membuat rujukan dan carian.

Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut :

Isnin - Khamis : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Ditutup setiap Sabtu dan Ahad

Wednesday, April 7, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG

Tuan / Puan, umat Islam di sekitar daerah Kluang dipersilakan untuk ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Majlis Perbandaran Kluang pada hari Jumaat, 9hb. April 2010 bersamaan 24 Rabiul Akhir 1431 Hijrah, bertempat di Dataran Tasik Kluang, jam 8.00 malam.

Aturcara majlis :
Marhaban, Bacaan Doa, Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Nasyid, Ucapan Yang DiPertua MPK, Ceramah Agama oleh Yang Bhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati binti Syed Ismail.