Tuesday, May 25, 2010

Sekitar Pameran 1Malaysia

Pameran 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan yang berlangsung di Kluang Mall bermula pada 17 Mei 2010 telah pun berakhir pada 23 Mei 2010, dengan penutupan rasmi oleh YB En. Hoo Seong Chang, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor yang juga merupakan ADUN Paloh.
Antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Pameran 1Malaysia berlangsung :

kaunter pendaftaran Bintang Patriotik


pandangan dari sisi pentas utama


di sebelah kanan...Pameran 1Malaysia



antara bahan penerbitan yg disediakan








pertandingan mewarna kanak-kanak tadika

antara pengunjung yang tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan yang disediakan
peserta Bintang Patriotik peringkat saringan


Majlis Perasmian Penutup
Pameran 1Malaysia akan menyusul di daerah jiran, iaitu Batu Pahat, dan akan berlangsung bermula pada27 Mei 2010 sehingga 3 Jun 2010, di Batu Pahat Mall.

Monday, May 17, 2010

Pertandingan Karaoke Kenegaraan

Warga Kluang yang ingin menyertai Pertandingan Karaoke Kenegaraan sempena Pameran 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Johor, boleh mendaftar mulai 20 - 23 Mei 2010 (pendaftaran setiap hari), jam 11 pagi.

Syarat penyertaan : usia 18 tahun ke atas, dan lagu patriotik sahaja.

Hadiah menarik menanti pemenang :
Tempat pertama - RM300
Tempat kedua - RM200
Tempat ketiga - RM100
2 Hadiah saguhati - RM50 setiap seorang


JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PERTANDINGAN KARAOKE KENEGARAAN INI BAGI MENGASAH BAKAT ANDA MENYANYIKAN LAGU-LAGU PATRIOTIK!

Friday, May 14, 2010

Pameran 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Johor

Kepada warga Kluang, Jabatan Penerangan Johor akan mengadakan Pameran 1Malaysia pada 17 hingga 23hb. Mei 2010, bertempat di Ruang Legar, Kluang Mall. Pelbagai aktiviti menarik diadakan, antaranya :

Setiap hari : pendaftaran Facebook 1Malaysia / Tayangan VCD Kemerdekaan & Dugaan Negara / Kuiz Kenegaraan 1Malaysia

19hb : pertandingan puzzle kenegaraan 1Malaysia, terbuka kepada ahli-ahli Kelab Setia Sekolah Menengah Daerah Kluang, jam 11 pagi hingga 1 petang

20 - 23hb : pertandingan karaoke kenegaraan terbuka , peringkat akhir pada 23hb, jam 11 pagi

22hb : pertandingan mewarna 1Malaysia kanak-kanak tadika, jam 2.30 petang

23hb : Majlis Penutup oleh YB En. Hoo Seong Chang, ADUN Paloh, merangkap Exco Kerajaan Negeri Johor

WARGA KLUANG...SAMA-SAMA MEMERIAHKAN PAMERAN 1MALAYSIA DAN MENYERTAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN!

Thursday, May 6, 2010

Gambar Rasmi Raja

Menjunjung titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah berkenan supaya gambar rasmi Almarhum Sultan Iskandar dan Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah diturunkan mulai 3 Mei 2010.

Sehubungan dengan itu sebagai langkah sementara gambar rasmi DYMM Baginda semasa menjadi Tunku Mahkota Johor dan YAM Raja Zarith Sofiah boleh digunakan sebagai gambar Sultan Johor.

Tuesday, April 27, 2010

Bahan penerbitan

Untuk makluman semua pengunjung Pusat Maklumat Rakyat Kluang, berikut adalah bahan-bahan penerbitan jabatan untuk edaran umum yang masih ada dan boleh didapati di pejabat ini :

ASEAN Overview, edisi Bahasa Inggeris


Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Info - Rukun Negara

Info - Menghayati Semangat Perpaduan

Info - OIC

7 Wasiat Raja-Raja Melayu
Bahan penerbitan lain :
1. Potret Yang DiPertuan Agong / Permaisuri
2. Potret Perdana Menteri
3. Poster Harapan 1Malaysia

Monday, April 12, 2010

Pusat Maklumat Rakyat Kluang di Facebook

Pusat Maklumat Rakyat Kluang kini telah mempunyai akaun Facebook. Sila click link ini untuk menjadi menyertai kami :
http://www.facebook.com/group.php?gid=108134502560712&ref=nf

Thursday, April 8, 2010

PUSAT SUMBER PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (BAHAGIAN PENGURUSAN)

KENYATAAN DARIPADA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR :

Dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Pengurusan) telah menubuhkan sebuah Pusat Sumber yang mempunyai beberapa koleksi seperti Warta Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan, Buku Undang-Undang, Istiadat dan Protokol Negeri Johor, Pekeliling-Pekeliling Kerajaan dan buku-buku ilmiah sebagai tempat rujukan kakitangan kerajaan.

Sehubungan dengan itu Pusat Sumber ini dibuka kepada semua kakitangan kerajaan untuk membuat rujukan dan carian.

Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut :

Isnin - Khamis : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Ditutup setiap Sabtu dan Ahad