Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan mengambil makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.Tuesday, November 24, 2009
Pentingnya mengambil makanan yang berkhasiat
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan mengambil makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.Bahaya garam...
Makanan yang mengandungi sodium dalam apa juga bentuk pasti mempunyai garam. Terlalu banyak mengambil sodium dalam pemakanan kita boleh menyebabkan kekurangan potassium dan akhirnya kita akan mengalami lebihan pembuangan cecair, tekanan darah tinggi dan boleh merosakkan jantung..
Di bawah ini ditunjukkan idea-idea yang baik untuk mengurangkan pengambilan garam :
* Baca setiap label pada tin atau paket makanan dan pastikan jumlah garam yang terkandung dalam makanan tersebut.
* Jangan letakkan botol garam di atas meja.
* Minum sekurang-kurangnya 4 pain atau 2.25 litre hingga 6 pain atau 3.2 liter air untuk membersihkan buah pinggang.
* Masak sayur-sayuran dengan menggunakan jus limau yang diperah untuk memperolehi rasa yang sebenar.
* Gunakan sayur-sayuran yang segar dan kurangkan mengambil makanan dalam tin kerana makanan begini mengandungi lebih banyak kandungan garam.
* Ketika memilih keju, carilah yang mengandungi kurang lemak.
* Cuba ubah resepi anda dengan menggantikannya dengan herba, rempah dan jus buah-buahan untuk menguliti garam.
* Pastikan kandungan semua ubat, ubat gigi dan pencuci mulut kerana barang-barang ini juga mengandungi garam.
Gula dan bahayanya...
Thursday, November 5, 2009
Sotong kering mengandungi kadmium
Para penggemar sotong kering pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam jenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.Thursday, October 29, 2009
KHASIAT TEH DAN KOPI
Mana satu minuman kegemaran anda setiap pagi, kopi atau teh?
Yang pasti, minuman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri.

Rambut bersinar dengan kopi
Wednesday, October 7, 2009
Makanan Membangun Otot
TAUGEHMakanan kecil ini ternyata mempunyai khasiat yang luar biasa pada tubuh. Kandungan Vitamin E yang tinggi pada makanan ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat mencegah radikal bebas yang terjadi setelah melakukan latihan beban. Semakin otot terkena radikal bebas, semakin cepat pemulihan otot dan pertumbuhannya.
IKANIkan amat berguna bagi tubuh kerana kandungan asid omega 3 dapat membantu mencegah penguraian otot setelah kita melakukan olahraga. Oleh itu, massa otot akan berkembang.
Tuesday, October 6, 2009
Kurangkan stres di pejabat
Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.
Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.
Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.
Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.
Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :
- Pening dan sakit kepala
- Ketegangan serta sakit leher serta bahu
- Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat
- Kebas dari bahu hingga ke hujung jari
- Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip
...
Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:
- Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung
- Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki
- Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan
- Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai
Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.
...
Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.
...
Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.
...
Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:
- Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 - 5 minit
- Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan
- Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 - 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen
AIR...

Menurut kajian Loma Linda University, pengambilan air yang tinggi boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung. American Jurnal of Epidemiology pula menyatakan bahawa pengambilan air yang tinggi sama faedahnya dengan melakukan senaman, berdiet dan menghentikan tabiat pengambilan rokok dapat menghindarkan diri anda daripada masalah jantung. Dr. Chan dan Synnove dari California menyatakan bahawa individu yang meminum lebih lima gelas air sehari mempunyai kadar risiko yang rendah menghidap penyakit jantung daripada yang minum air kurang daripada dua gelas sehari.
9 PERKARA MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN
- stress berlebihan
- kurang pergerakan atau malas melakukan senaman
- makan makanan yang berlemak
- minum minuman beralkohol
- pencemaran udara
- kerap terdedah kepada pancaran matahari
- kurang tidur
- obesiti
- pengambilan gula berlebihan
Sebagai langkah berjaga-jaga agar kulit kita tidak nampak tua sebelum waktunya, adalah lebih elok sekiranya kita berhati-hati terhadap perkara di atas...
10 jenis makanan anti-kolestrol
1. SOYA
2. KUACI
3. BUAH KERING
4. EPAL
5. IKAN TUNA
6. KACANG TANAH
7. MANGGA
8. KISMIS
9. OAT
10. JAMBU BATU










