Tuesday, October 12, 2010

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kluang

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kluang:-

1. JURUAUDIT (TETAP)
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (TETAP)
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (TETAP)
4. PEGAWAI PENGUATKUASA (TETAP)
5. PENOLONG JURUAUDIT (TETAP)
6. PENOLONG AKAUNTAN (TETAP)
7. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) (TETAP)
8. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIKAL) (TETAP)
9. PENOLONG JURUUKUR BAHAN (TETAP)
10. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (TETAP)
11. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (TETAP)
12. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (TETAP)
13. PEMBANTU JURUAUDIT (TETAP)
14. PEMBANTU AKAUNTAN (TETAP)
15. JURUTEKNIK KOMPUTER (TETAP)
16. JURUTEKNIK (MEKANIKAL) (TETAP)
17. JURUTEKNIK (ELEKTRIKAL) (TETAP)
18. JURUTEKNIK (UKUR BAHAN) (TETAP)
19. PEMBANTU PENGUATKUASA (LETAK KERETA) (KONTRAK)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau dengan memuat turun borang di laman web
http://www.mpkluang.gov.my

MUAT TURUN BORANG JAWATAN KOSONG

MUAT TURUN SYARAT DAN CARA MEMOHON

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Pejabat kerajaan
86000 Kluang

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Oktober 2010

Thursday, September 23, 2010

Aktiviti di Kluang bulan ini...

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di daerah Kluang pada bulan ini :

25 September 2010
Program Ekspedisi Kasih anjuran Pejabat Daerah Kluang akan diadakan pada 25 September 2010, jam 11.30 pagi, bertempat di Perkampungan Orang Asli Sungai Peroh, Kluang.

25 September 2010
- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Komuniti Bestari Sri Lalang dan Jabatan Penerangan Daerah Kluang bermula jam 8 mlm, bertempat di Balai Raya Sri Lalang Bukit

26 September 2010
- Persembahan Pentarama Ceria Berinformasi Jabatan Penerangan Malaysia bermula jam 8 mlm, di Padang Awam Felda Ulu Penggeli

26 September 2010
- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Menteri Besar Johor Peringkat Daerah Kluang anjuran Pejabat Daerah Kluang dengan kerjasama Parlimen Sembrong, Kluang dan Simpang Renggam akan diadakan bermula jam 8 mlm, di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

30 September 2010
- Majlis Perasmian Pejabat Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya akan diadakan pada 30 September 2010, jam 10 pagi, bertempat di Dewan Bunga Raya, Bangunan Persekutuan Kluang.

Friday, August 6, 2010

SALAM RAMADHAN!

KAMI, WARGA PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KLUANG
DAN
JABATAN PENERANGAN DAERAH KLUANG
MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN
DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM






Monday, August 2, 2010

Khemah Kerja Pewaris Bestari 1Malaysia Peringkat Daerah Kluang Tahun 2010

Pada 30 Julai sehingga 1 Ogos yang lalu, Jabatan Penerangan Daerah Kluang telah mengadakan Khemah Kerja Pewaris Bestari 1Malaysia, bertempat di Pusat Pertanian Air Hitam. Seramai 43 orang pelajar telah menyertai Khemah Kerja ini, yang terdiri daripada 23 pelajar perempuan dan 20 pelajar lelaki dari SMK Tun Hussein Onn, SMK Seri Intan dan SMK Sultan Abdul Jalil.


Penceramah undangan, En. Shahrom Abdullah, Penolong Pengarah PSP Jabatan Penerangan Negeri Johor. Tajuk ceramah yang disampaikan, Rukun Negara

antara peserta yang terlibat

Penceramah undangan, En. Mohd. Nordeen bin Mukri, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Putrajaya. Tajuk ceramah - 1Malaysia

peserta khusyuk mendengar ceramah.


banyak lagi gambar semasa aktiviti berlangsung yang akan di upload kemudian...juga ringkasan mengenai aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung...

Thursday, July 29, 2010

Notis Gangguan Bekalan Air Di Daerah Kluang

Gangguan bekalan air di daerah Kluang akan berlaku pada 3 Ogos 2010, berikutan kerja penyelenggaraan di Loji Air Sembrong Timur, Kluang, mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 pagi.

Kawasan terlibat :
Jalan Johor Tenggara hingga ke SMK Jalan Kota Tinggi
Taman Gunung Lambak
Kg. Dato' Abd. Rahman Yassin
Hospital Baru
Taman Perumahan Rakyat

Pihak SAJ menasihati pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya ketika tempoh itu.

Sebarang masalah, hubungi Pusat Maklumat SAJ di talian bebas tol 1 800 88 7474, sms ke 019-7727474 atau email ke customer.care@saj.com.my

Friday, July 16, 2010

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang dibuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.

7 perkara itu adalah :

PERTAMA
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);

KEDUA
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

KETIGA
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar;

KEEMPAT
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

KELIMA
Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;

KEENAM
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan;

KETUJUH
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)


7 WASIAT YANG DITERJEMAHKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - secara ringkas

1. MALAYSIA - Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan)

Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri-negerinya terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah. Sarawak, Selangor dan Terengganu.

2. TANAH SIMPANAN MELAYU - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)

Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

3. REJIMEN ASKAR MELAYU - Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972

Seksyen tersebut menyatakan, "Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil ke dalam Askar Melayu Diraja"
Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua.
Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.

4. RAJA-RAJA MELAYU - Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan Permaisurinya)

Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun.

5. ISLAM - Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)

Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja / Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan / Raja, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

6. BAHASA MELAYU - Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan selaipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja.

7. KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)

Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan Bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lesen perniagaan.