Tuesday, December 22, 2009

Utamakan penjagaan alam sekitar, kesihatan

KLUANG 21 Dis. - Rakyat perlu mengutamakan penjagaan alam sekitar dan kesihatan bagi memastikan mereka dan generasi akan datang dapat hidup lebih sejahtera.
.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, R. Vidyananthan berkata, ini kerana kedua-dua aspek itu saling berkait dan tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan harian manusia.
.
Menurutnya, alam sekitar yang kurang bersih akan menyebabkan wujud pelbagai penyakit, sekali gus menjejaskan kesihatan manusia.
.
"Oleh itu, semua pihak termasuk rakyat dan jabatan kerajaan perlu memberikan keutamaan terhadap penjagaan alam sekitar dan kesihatan agar kita dapat hidup dalam keadaan lebih sejahtera," katanya.
.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kem Pakar Perubatan dan Kesihatan serta Pelancaran Rakan Muda Alam Sekitar Parlimen Sembrong di Taman Sri Lambak di sini hari ini.
Pelbagai aktiviti termasuk pemeriksaan kesihatan dan penyampaian kerusi roda kepada golongan kurang upaya diadakan pada program tersebut.
.
Vidyananthan menggesa pihak tertentu agar tidak rakus menggondol kawasan hutan, sebaliknya menanam lebih banyak pokok untuk membantu meningkatkan lagi kebersihan alam sekitar.
.
"Orang ramai pula perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurang sekali setahun untuk mengetahui tahap kesihatan diri," katanya.

Monday, December 21, 2009

Direktori Jabatan Kerajaan - Majlis Perbandaran Kluang

Majlis Perbandaran Kluang,
Jalan Pejabat Kerajaan,
86000 Kluang,
Johor
No. Tel : 07-7771401 / 7771402
No. Faks : 07-7713209
Talian Khidmat Pelanggan : 1-300-881-441

Direktori Jabatan Kerajaan - Pejabat Daerah Kluang

Pejabat Daerah Kluang,
Jalan Pejabat Kerajaan,
86000 Kluang,
Johor
No. Tel : 07-7721963 / 7721964
No. Faks : 07-7733896

Thursday, December 17, 2009

Doa Awal Tahun Hijrah

Dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"

Doa Akhir Tahun Hijrah

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Wednesday, December 9, 2009

Jawatan Kosong di Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti Negeri Johor

Pemohon adalah dipelawa daripada kalangan warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor :
.
Jawatan : Penolong Pegawai Penyelidik
Klasifikasi : Pekhidmatan, Penyelidikan dan Pembangunan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Gred : Q27
Taraf Jawatan : Kontrak
.
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Perbadanan Bioteklnologi dan Biodiversiti Negeri Johor, Blok 2, UTM-MTDC Innovation Centre, Tecnovation Park, 81300 Skudai, Johor atau di alamat http://www.johordt.gov.my/ atau http://www.jbiotech.gov.my/
.
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang permohonan bersama wang pos sebanyak RM1.00 atas nama Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor.
.
Alamat permohonan:
.
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor
Blok 2, UTM-MTDC Innovation Centre
Tecnovation Park
81300 Skudai
Johor
No. Tel : 07-5208810 atau 5207810
No. Faks : 07-5207811
.
Tarikh tutup permohonan : 24hb. Disember 2009

Tuesday, December 8, 2009

Benih Orkid Terbaik di Ayer Hitam

KLUANG 7 Dis. - Penggemar orkid yang ingin mendapatkan benih terbaik boleh berkunjung ke Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, dekat sini.
.
Projek pertanian itu yang telah mengadakan ekspo baru-baru ini, memberikan peluang kepada pengunjung melihat kegiatan 30 usahawan yang mengusahakan pelbagai tanaman dan ternakan.
Antara yang menarik dikunjungi adalah tanaman orkid.
.
Di kawasan seluas 4,000 hektar itu, terdapat 10 pengusaha tanaman orkid yang menanam pelbagai jenis orkid bermutu.

MOHAMED Ismail Jaafar kini menanam 10,000 pohon orkid daripada lapan jenis terpilih di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, Kluang.
.
Salah seorang pengusaha orkid terkenal di situ Mohamed Ismail Jaafar, 46, berkata, di kebun orkid yang diusahakannya, pelbagai spesies orkid dipamerkan.
.
"Dengan keluasan itu saya kini menanam lapan jenis orkid terpilih dengan 10,000 pohon orkid.
.
''Daripada jumlah itu 8,000 pohon telah matang dan sebahagian besar orkid berkenaan untuk tujuan eksport," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
.
Kata Mohamed Ismail, projek yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri itu, memberi peluang kepadanya menjadi usahawan berwibawa.
.
Katanya, ternyata segala usaha yang lakukan selama dua tahun dalam projek berkenaan mampu memberi pulangan yang cukup lumayan.
.
Hakikat itu, katanya, dapat dibuktikan dengan 8,000 pohon orkid yang telah matang, dan dia kini mampu peroleh pendapatan sekitar RM4,000 sebulan.
.
"Apa yang saya hendak kongsi bersama pengunjung adalah mereka boleh melihat teknologi yang kami gunakan di samping boleh beli benih terbaik serta bunga orkid yang digemari.
.
"Mereka juga boleh mempelajari cara mengusahakan orkid secara komersial, kerana bidang ini amat kurang diceburi oleh bumiputera," katanya.
.
Mengenai benih orkid, Mohamed Ismail berkata, benih berkualiti itu diperoleh dari Thailand.
.
Katanya, antara spesies orkid yang dimiliki ialah dendrubium, mokara, aramthera, vanda dan banyak lagi.
.
Sehubungan ini, katanya, mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai orkid boleh menghubunginya di talian 019 7107271.

Johor Pengeluar Orkid Terbesar

KLUANG 7 Dis. - Johor merupakan pengeluar orkid terbesar negara dengan jumlah keluasan tanaman 150 hektar yang diusahakan oleh 28 pengusaha komersial.
.
Ketua Seksyen Padi, Taman Industri dan Bunga-Bungaan (PTIF) Johor, Mintar Palal, 53, berkata, tanaman orkid diusahakan secara komersial dan berjaya memenuhi bukan sahaja keperluan tempatan, malah memasuki pasaran antarabangsa.
.
Katanya, 80 peratus daripada pusat tanaman orkid berpusat di Johor Bahru.
Antara spesies orkid terbaik yang ditanam oleh pengusaha tanaman bunga di Ayer Hitam, Kluang, Johor.

.
"Walaupun tiada pertambahan dari segi keluasan tanah, namun adalah membanggakan hampir semua kebun orkid berkenaan diusaha secara komersial dengan menambah jenis orkid terbaik, di samping menjaga mutu tumbuh-tumbuhan tersebut.
.
"Dari segi keluasan tanaman orkid berbanding dengan bunga-bungaan lain juga menunjukkan perkembangan baik. Sehingga kini mencapai sejumlah 50 hektar daripada 725.6 hektar kawasan bunga-bungaan lain di Johor atau 21 peratus," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
.
Tambah Mintar, dari segi nilai pengeluaran orkid pada tahun lalu dianggarkan sebanyak RM9 juta dengan anggaran nilai eksport sekitar RM8.1 juta.
.
Beliau berkata, manakala nilai pengeluaran bunga-bunga keseluruhannya adalah RM20.5 juta setahun.
.
"Negara pengimport utama orkid dan bunga-bungaan kita adalah Singapura, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat,'' katanya.
.
Beliau berkata, antara orkid jenis komersial dan popular yang diusahakan oleh penanam orkid seperti dendrobium, mokara, vanda dan renanthera.
.
Katanya, secara keseluruhannya, pihak kerajaan masih menggalakkan para pekebun untuk mengusahakan tanaman tersebut kerana ia mampu memberikan pulangan lumayan.
.
Katanya, orang ramai yang berminat untuk mendalami penanaman orkid boleh menghubunginya di talian 019-7777804.

Monday, December 7, 2009

Program Khidmat Seni Budaya MAKUM di Parlimen Kluang

Program Khidmat Seni Budaya MAKUM anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia dengan kerjasama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kluang, YB Dr. Hou Kok Chung bakal berlangsung di Parlimen Kluang bermula 16 hingga 20 Disember 2009.

Program ini melibatkan kesemua 20 buah IPTA dan 7 buah sekolah di Kluang, iaitu SK Kg. Dato' Abdul Rahman Yassin, SJK (C) Ping Ming, SJK (T) Jalan Haji Manan, SK Kg. Melayu, SMK Jalan Kota Tinggi, SMK Jalan Mengkibol dan SMK Canossian Convent.
.
Program ini akan memanfaatkan peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah daerah Kluang dan juga masyarakat setempat di mana jatidiri mereka dapat diperkukuhkan melalui seni dan budaya. Ianya juga dapat meningkatkan rasa kecintaan kepada kebudayaan kebangsaan, di samping menggalakkan pelajar mengenali masyarakat dalam konteks seni dan budaya.

Seramai 80 orang pelajar pelbagai kaum dari semua IPTA dalam negara akan berinteraksi bukan sahaja dengan masyarakat setempat, malah dengan 120 orang pelajar-pelajar terpilih yang datang daripada beberapa sekolah rendah dan menengah dalam Parlimen Kluang. Pelajar-pelajar sekolah ini juga adalah berbilang kaum.

Kesemua pelajar-pelajar IPTA ini akan tinggal dengan keluarga angkat mereka di Kg. Dato' Abdul Rahman Yassin. Selain melibatkan diri dalam aktiviti harian keluarga angkat, mereka juga akan turut mengadakan kelas-kelas seni budaya bersama pelajar-pelajar sekolah yang menjurus kepada kesenian kebangsaan seperti Cak Lempong, Tarian Tradisi pelbagai kaum, Perkusi, berbalas pantun, puisi, nasyid dan lain-lain kesenian yang berupaya mengangkat jatidiri.

Kelas-kelas seni akan diadakan secara holistik bermula dari aspek sejarah hinggalah proses pembelajaran kesenian tersebut. Konsep Mentor (siswa-siswi) dan Mentee (pelajar) akan memberi kesan yang lebih menarik kerana kumpulan Mentor dan Mentee akan berusaha menjayakan beberapa persembahan terbaik yang telah diaturkan dalam program ini.

Program ini juga menjadi pengisian waktu cuti sekolah yang sangat berfaedah serta baik kepada pelajar-pelajar IPTA dan juga pelajar-pelajar sekolah yang terlibat.

Jadual aktiviti / acara yang telah dirancangkan :

Khamis (17/12/2009), masa 7.30 - 8.30 mlm:

Acara Sanggar Rohani, bertempat di Masjid Kg. Dato' Abdul Rahman Yassin
Sabtu (19/12/2009), masa 7.00 pg - 12.00 tghr :

Acara Senam Seni / Karnival Permainan Tradisional, bertempat di Padang SK Dato' Abdul Rahman Yassin
Sabtu (19/12/2009), masa 8.30 - 10.00 mlm :

Acara Persembahan Showcase Seni 1 Malaysia, bertempat di Kluang Mall
Ahad (20/12/2009), masa 3.00 - 6.30 ptg :

Acara Penutup / Manifestasi Seni Bersama Rakyat, bertempat di Dewan SJK (C) Ping Ming, Kluang
.
Penduduk Kluang diseru supaya dapat datang beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada acara-acara yang telah dirancangkan Penyertaan orang ramai adalah seperti berikut :
Sanggar Rohani : Terbuka

Senam Seni / Karnival : Terbuka

Showcase Seni 1 Malaysia : Jemputan (dikhaskan tempat duduk), Orang Ramai Tanpa Jemputan (tidak disediakan tempat duduk)

Manifestasi Seni Bersama Rakyat : Jemputan sahaja

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha...

Kami warga kerja Pusat Maklumat Rakyat mengucapkan
SALAM AIDILADHA
buat semua yang menyambutnya...

Wednesday, November 25, 2009

Kajian Kepimpinan YAB Perdana Menteri

Jabatan Penerangan sedang menjalankan kajian untuk mengetahui penerimaan rakyat terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri. Kami memohon kerjasama anda untuk meluangkan sedikit masa menjawab soal selidik ini.
Sila layari laman web ini untuk menjawab soal selidik tersebut :
atau
Kerjasama dari anda amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Projek dan program Felda

1. Mengutarakan Gagasan Felda Moden yang berteraskan perubahan minda serta pembangunan sosio-budaya ke arah kegemilangan.

2. Memulakan Program Kemahiran kepada generasi baru diberi peluang kedua untuk membina kehidupan. Jumlah pelajar sekarang ialan 19,696 orang termasuk 169 orang dalam bidang Licensed Aircraft Maintenance Engineering.

3. Memberikan bantuan kepada pelajar yang memasuki IPTA/ IPTS dan biasiswa khas kepada yang cemerlang untuk belajar di universiti terkemuka luar negara.

4. Memulakan Skim Tuisyen Felda pada 2006 yang dilaksanakan di 100 sekolah menengah dan 270 sekolah rendah. Jumlah pelajar pada tahun ini ialah 62,772 orang.

5. Menumpukan kepada pembangunan usahawan peneroka dan setakat ini 38.1 peratus (39,958 orang) menjadi usahawan dan mempunyai pendapatan 'non-form' dalam pelbagai bidang usahawan seperti industri asas tani, Satu Wilayah Satu Industri (Sawari), pembangunan kraf, perniagaan runcit, perkhidmatan dan perusahaan kecil.

6. Dana Skim Insentif Usahawan Felda (SIUF) sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.

7. Mengadakan Anugerah Belia Felda Malaysia sebagai acara tahunan yang dikendalikan Seranta bersama Felda dengan kerjasama Majlis Belia Felda. Ini adalah untuk mengaktifkan 300 persatuan belia di semua rancangan.

8. Pemberian tahunan RM1,000 untuk setiap 317 persatuan belia di rancangan dengan peruntukan setahun berjumlah RM317,000.

9. Mengumumkan 8 inisiatif / usaha / program dengan nilai RM78 juta setahun bagi memperkasakan generasi baru Felda.

10. Mengadakan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk anak-anak cacat warga peneroka di seluruh kawasan rancangan yang terpilih. Setakat ini sebanyak 62 buah pusat PDK ditubuhkan di semua rancangan.

11. Membina MRSM Felda di Trolak dengan dana RM103 juta, 1,050 pelajar terdiri daripada 80 peratus anak peneroka dan 20 peratus kumpulan lain.

12. Mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan mengadakan kerjasama (JV) dengan Syarikat TRT dan pembekal oleochemicals di Boston, Amerika Syarikat.

13. Membuka Restoran (D'Saji) dan Hotel Felda di Makkah untuk memenuhi keperluan jemaah haji kita serta meningkat jaringan perniagaan antarabangsa.

14. Membuka Hotel Felda di Makkah dan di Kuala Terengganu.

15. Membuka ladang baru di luar negara (Indonesia) dan membantu penanaman sawit di Sierra Leone.

16. Menubuhkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA3) dan Skuad Waja Felda sebagai menggalakkan semangat kesukarelaan.

17. Menubuhkan pasukan bola sepak Felda United dan penubuhan Kelab Peminat dan mengadakan Piala Felda untuk futsal peringkat kebangsaan dengan kerjasama FAM selain melaksanakan Ralli Felda.

18. Membina 15 Kompleks Sukan Komuniti (KSK) yang lengkap dengan kemudahan gelanggang futsal, takraw, badminton, bola keranjang, bola jaring dan galeri penonton serta kafetaria di samping meneruskan pembinaan 48 dewan serba guna. Cadangan untuk membina KSK di semua 40 gugusan Felda.

19. Mengusahakan agar Felda menjadi pusat utama pembangunan kraftangan dengan menekankan produk yang bernilai komersil serta berkualiti eksport.

20. Membangunkan perumahan untuk generasi baru seperti di Pasak, Keratong, Mempaga, Lepar Hilir dan Bukit Goh dengan kaedah pinjaman bank atau sewa beli kepada anak peneroka yang layak.

21. Penubuhan Pusat Latihan Anak Permata Negara di beberapa kawasan Felda.
22. Penubuhan Akademi Felda untuk melatih petugas Felda dalam bidang pengurusan.

Lima Teras Felda

Lima Teras Felda :

1. Menjadikan peneroka dan komuniti Felda sebagai masyarakat contoh.
2. Meningkatkan pendapatan peneroka Felda sehingga mereka boleh tergolong sebagai golongan menengah dalam negara.
3. Felda sendiri sebagai satu organisasi bukan saja berjaya di Lurah Bilut, Jerangan, Keratong, Palong tetapi berjaya di persada antarabangsa sebagai satu organisasi global yang besar impaknya.
4. Membina generasi baru warga peneroka Felda.
5. Memperkukuhkan budaya organisasi Felda yang berteraskan kepada pengurusan mahir, mempunyai integriti yang cekap berfokus serta berprestasi.

Lima Klinik 1Malaysia akan dibina di tiga daerah

NUSAJAYA 24 Nov. - Kerajaan negeri akan membina lima Klinik 1Malaysia di tiga lokasi berbeza iaitu Johor Bahru, Kulaijaya dan Kluang.
.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, tiga klinik 1Malaysia dibina di Johor Bahru iaitu di Rumah Pangsa Stulang, Rumah Pangsa Bandar Seri Alam dan Taman Megah Ria, Masai dekat sini.
.
Beliau berkata, dua lagi akan dibina di lot rumah kedai Taman Senai Utama, Kulaijaya dan Rumah Kedai Taman Seri Lambak, Kluang.
.
"Kawasan ini dipilih kerana kebanyakan penduduk memiliki pendapatan sederhana dan jarak dari klinik kesihatan sedia ada berada dalam lingkungan 10 kilometer.
.
"Penduduk di kawasan ini juga berbilang kaum sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Baderi Dusuki (BN-Panti) mengenai lokasi serta perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1Malaysia.
.
Robia berkata, Klinik 1Malaysia itu dijangka mula beroperasi pada Januari dan Februari depan.
Beliau berkata, klinik tersebut akan beroperasi selama lima hari seminggu bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.
.
"Klinik ini menyediakan perkhidmatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar sesuai gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
.
"Secara tidak langsung ia dijangka membantu mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan sedia ada dan akses masyarakat untuk mendapatkan rawatan ringan terutama di kawasan bandar dapat dipertingkatkan," katanya.
.
Beliau berkata, Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan meliputi rawatan ringan, susulan kes penyakit kronik, prosedur rawatan ringan dan khidmat nasihat.
.
Beliau berkata, skop perkhidmatan itu dikendalikan oleh penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

Tuesday, November 24, 2009

Pentingnya mengambil makanan yang berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan mengambil makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah, tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang dari mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolestrol
Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolestrol.
Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolestrol menjadi punca utama sakit jantung.
Makanan berproses seperti snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolestrol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dalam tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70-80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dalam tubuh.
Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan jika anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari masa ke semasa atau perhatikan samada terdapat sebarang perubahan ketika berpakaian iaitu samada pakaian semakin sendat atau ketat atau tetap seperti biasa.
Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke sini sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.
Diet anda menetukan keadaan kesihatan anda sebagaimana pepatah di atas. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi. Pengambilan herba, makanan kesihatan, atau ubatan juga mampu memberi sumber vitamin yang diperlukan badan kita. Makanan dan udara kita tercemar dengan racun dan juga toksin jadi pengambilan sumber makanan kesihatan yang mampu menyingkirkan toksin dari badan amat perlu supaya kesihatan kita dalam keadaan yang baik. Kesihatan yang baik amat berharga dari emas dan harta.

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kluang

Pemohon adalah dipelawa kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kluang.

Jawatan 1 : Penolong Akauntan Gred W27, taraf tetap
Jawatan 2 : Penolong Pegawai Penilaian Gred W27, taraf tetap
Jawatan 3 : Juruteknik Gred J17, taraf kontrak

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Majlis Perbandaran Kluang dengan harga RM1.00 bagi setiap jawatan (mengikut jawatan yang dipohon) atau dengan menghantar sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30sen beserta Wang Pos bernilai RM1.00 atau boleh dimuat turun melalui lama web http://mpkluang.gov.my/

Pemohonan hendaklah sampai ke pejabat

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Pejabat Kerajaan
86000 Kluang

Tarikh tutup : 30hb. November 2009

Bahaya garam...

Makanan yang mengandungi sodium dalam apa juga bentuk pasti mempunyai garam. Terlalu banyak mengambil sodium dalam pemakanan kita boleh menyebabkan kekurangan potassium dan akhirnya kita akan mengalami lebihan pembuangan cecair, tekanan darah tinggi dan boleh merosakkan jantung.
.
Di bawah ini ditunjukkan idea-idea yang baik untuk mengurangkan pengambilan garam :
* Baca setiap label pada tin atau paket makanan dan pastikan jumlah garam yang terkandung dalam makanan tersebut.
* Jangan letakkan botol garam di atas meja.
* Minum sekurang-kurangnya 4 pain atau 2.25 litre hingga 6 pain atau 3.2 liter air untuk membersihkan buah pinggang.
* Masak sayur-sayuran dengan menggunakan jus limau yang diperah untuk memperolehi rasa yang sebenar.
* Gunakan sayur-sayuran yang segar dan kurangkan mengambil makanan dalam tin kerana makanan begini mengandungi lebih banyak kandungan garam.
* Ketika memilih keju, carilah yang mengandungi kurang lemak.
* Cuba ubah resepi anda dengan menggantikannya dengan herba, rempah dan jus buah-buahan untuk menguliti garam.
* Pastikan kandungan semua ubat, ubat gigi dan pencuci mulut kerana barang-barang ini juga mengandungi garam.

Gula dan bahayanya...

Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan! Adakah badan kita perlukan gula? Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.
.
Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
.
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur.
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Penyebab hipoglisemia.
21. Penyebab perut berasid.
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak.
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Penyumbang utama kegemukkan.
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser.
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik.
30. Penyebab artritis.
31. Penyebab lelah.
32. Pembentukan batu dalam ginjal.
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis.
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu.
35. Penyebab sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apendiks.
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.
38. Penyebab pendarahan.
39. Penyebab Vena Varikos.
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil.
41. Penyebab sakit gusi.
42. Penyumbang kepada Osteoporosis.
43. Penyebab air liur menjadi berasid.
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin.
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa.
46. Mengurangkan hormon tumbesaran.
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan.
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh.
50. Penyebab alergi terhadap makanan.
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis.
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil.
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak.
54. Penyebab penyakit kardiovaskular.
55. Melemahkan struktur DNA.
56. Penyebab Katarak.
57. Penyebab Emfisema.
58. Penyebab arteriosclerosis.
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
60. Merendahkan kemampuan enzim.
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati.
63. Meningkatkan lemak dalam Hati.
64. Membesarkan saiz buah pinggang.
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya.
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
67. Penyebab sembelit.
68. Penyebab rabun jauh.
69. Penyebab lapisan rerambut.
70. Penyebab hipertensi.
71. Penyebab sakit kepala.
72. Menganggu kemampuan berfikir.
73. Penyebab kemurungan.
74. Meningkatkan tindak balas insulin.
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus.
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon.
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer.
.
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
.
Jangan terpedaya!
Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti:
Glukosa, Fruktosa, Laktosa, Maltosa, Sukrosa, Sirap Glukosa, Sirap maple, Molases, Sirap hitam, Sirap kencana, Dektrosa, Sorbitol.
.
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
.
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh;
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh;
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh;
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh;
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh;
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh;
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh;
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh;
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh;
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh;
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu>> teh!

Friday, November 20, 2009

Tarikan nangka Hong

hasil nangka organik yang boleh dilihat di Ekspo Agro Johor, Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, Kluang, Johor.
.
KLUANG 19 Nov. - Ibu bapa dijemput membawa anak-anak mengunjungi Ekspo Agro Johor 2009 yang berlangsung di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini mulai Sabtu ini yang mempamerkan buah-buahan tropika.
.
Buah-buahan itu termasuk pisang, nangka, pelbagai jenis jambu, markisa dan buah naga yang dipamerkan pada ekspo anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan Johor.
.
Antara yang menarik ialah ladang nangka milik Kawan Pertanian Sdn. Bhd. yang merupakan salah seorang peserta Ekspo Agro Johor 09.
.
Pengurus Ladangnya, Mazlan Mustakim berkata, menerusi ladang itu para pengunjung boleh melihat 20,000 pokok nangka di kawasan 120 hektar yang dikenali dengan baka nangka 'hong'.
.
Mazlan berkata, mereka yang berkunjung ke ladang itu boleh melihat sendiri keadaan buah nangka yang beratnya menjangkau antara 35 kilogram (kg) hingga 50 kg. sebiji.
.
"Kami memulakan projek ini pada 2005 dan kini telah mengeluarkan hasil dan 70 peratus daripada pengeluaran nangka hong adalah untuk eksport ke Singapura dan bakinya adalah untuk memenuhi permintaan tempatan.
.
"Kami turut menanam 50,000 pokok limau kasturi, 12,000 limau nipis dan 5,000 jambu air," katanya kepada Utusan Malaysia yang mengadakan tinjauan ke ladangnya di sini baru-baru ini.
Mazlan berkata, perolehan daripada hasil buah-buahan tersebut membantunya meraih pendapatan sekitar RM120,000 sebulan.
.
Tambah Mazlan, bagi mereka yang berkunjung ke ladang tersebut sempena ekspo itu, mereka bukan sahaja berpeluang membeli buah-buahan tersebut secara segar malah turut boleh membeli benih pohon buah-buahan itu.
.
Menurutnya, nangka hong merupakan baka yang cukup baik kerana dalam usia antara dua hingga tiga tahun, ia sudah boleh mengeluarkan buah.

Thursday, November 19, 2009

Johor beri potongan bil air

Syarikat Air Johor (SAJ) akan memperkenalkan skim pemberian rebat air kepada keluarga miskin tegar dan miskin bagi meringankan beban golongan berkenaan, kata Menteri Besar Johor.Datuk Abdul Ghani Othman berkata golongan miskin tegar itu akan menerima rebat bil air sehingga 20 meter padu pertama atau RM12 manakala keluarga miskin pula akan menerima rebat sehingga 10 meter padu pertama atau RM4.
.
"Pemberian rebat itu untuk meningkatkan bantuan jaringan keselamatan sosial bagi meringankan beban golongan sasaran seperti keluarga miskin dan miskin tegar termasuk kumpulan Orang Asli miskin tegar," katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2010 pada persidangan DUN di Nusajaya hari ini.
.
Abdul Ghani berkata sebanyak 9,596 keluarga di negeri ini adalah keluarga miskin, miskin tegar dan mudah miskin yang dikenal pasti sehingga kini melalui pangkalan Data Nasional, E-Kasih.Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 4,049 keluarga adalah ketua isi rumah miskin dan miskin tegar yang menjadi kumpulan sasaran utama kerajaan negeri dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan tegar sepenuhnya dan mengurangkan separuh kemiskinan menjelang akhir tahun depan.
.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk memberi perlindungan takaful bernilai RM30,000 seorang kepada 2,975 anggota penjawat awam negeri yang memegang jawatan berisiko tinggi."Insentif ini dicadangkan memandangkan kerajaan negeri prihatin kepada risiko yang dihadapi oleh penjawat awam seperti pembantu penguatkuasa, pemandu, penghantar notis, pegawai keselamatan dan pekerja awam yang lain," katanya. BERNAMA

4 pelajar sesat ditemui selamat

DARI kiri, Nurul Afiqah Zulkiflee, Normayzurah Nor Salam, Nor Fazlin Mohd. Zin dan Meor Shahidan Meor Azman yang sesat di Gunung Lambak, Kluang dan berjaya diselamatkan semalam.
KLUANG 18 Nov. - Empat pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil (SSAJ) di sini, yang sesat hampir 24 jam semasa mendaki Gunung Lambak setinggi 510 meter ditemui petang ini.
.
Mereka yang terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan tiga perempuan ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 1.35 petang.
.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kluang untuk mendapat rawatan sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
.
Mereka yang berusia 13 tahun ialah Meor Shahidan Meor Azman dari Taman Indah Jaya Kluang, Normayzurah Nor Salam dari Kampung Melayu, Nor Fazlin Mohd. Zin dan Nurul Afiqah Zulkiflee, kedua-duanya dari Taman Okid di sini.
.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah Kluang, Abdul Razak Mohd. Salleh berkata, para pelajar berkenaan mendaki gunung tersebut kira-kira pukul 10 pagi semalam.

"Pendakian tidak diiringi sesiapa kerana aktiviti tersebut bukan anjuran sekolah, tetapi atas inisiatif mereka," katanya.
Kumpulan pelajar berkenaan menyedari mereka tersesat semasa dalam perjalanan turun kira-kira pukul 2 petang dan sempat menghubungi polis dan keluarga masing-masing.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Kluang berkata, gerakan mencari dan menyelamat dilakukan mulai pukul 4 petang setelah mereka gagal dihubungi kerana telefon bimbit mangsa kehabisan bateri.

"Pasukan penyelamat membabitkan 60 anggota yang terdiri daripada tentera, PGA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Hutan," katanya.
Abdul Razak berkata, gerakan mencari dijalankan bergilir-gilir sejak semalam sehingga kumpulan pelajar itu ditemui di pertengahan gunung yang menghala ke Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin petang ini.

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha mencari itu sehingga berjaya menemui para pelajar berkenaan.

"Saya juga gembira kerana semua pelajar berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali kelaparan kerana tidak makan hampir 24 jam," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Johor, Senator Sharifah Azizah Syed Zain yang turut berada di pusat gerakan mencari dan menyelamat itu mengingatkan semua pelajar yang ingin mendaki gunung agar pergi secara berkumpulan.

Selain itu, pihak sekolah juga dikehendaki sentiasa memberikan penerangan mengenai aspek keselamatan kepada pelajar mereka yang ingin mengadakan aktiviti di luar sekolah.

"Pelajar perlu membawa bekalan yang mencukupi serta alat perhubungan seperti telefon bimbit untuk membolehkan mereka berhubung dengan pihak berkuasa jika sesat," katanya.

Wednesday, November 18, 2009

Orkid penyeri Ekspo Agro 2009

KLUANG 17 Nov. – Penggemar bunga orkid yang ingin mendapatkan benih terbaik boleh berkunjung ke Ekspo Agro Johor 2009 yang berlangsung di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini mulai Sabtu ini.

Pada ekspo lima hari itu, para pengunjung turut berpeluang melihat dan membeli pelbagai produk keluaran 30 usahawan tani, antaranya aktiviti penanaman orkid yang menjanjikan pendapatan lumayan.
...
Seorang pengusaha tanaman orkid, Mohd. Ismail Jaafar, 46, berkata, pada ekspo itu pihaknya akan mempamerkan pelbagai jenis spesies orkid di kawasan seluas 0.8 hektar.
...
“Dengan keluasan itu, saya kini menanam lapan jenis orkid terpilih sebanyak 10,000 pohon. Daripada jumlah itu 8,000 pohon telah matang dan sebahagian besar orkid berkenaan untuk tujuan eksport,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
...
Beliau yang telah dua tahun membabitkan diri dalam perusahaan itu mengakui ekspo anjuran bersama kerajaan negeri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara dekat industri orkid yang mampu memberikan pulangan lumayan.

Persiapan turut dijalankan dalam menjaga orkid di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, Kluang, Johor yang akan menjadi lokasi Ekspo Agro Johor 2009 mulai Sabtu ini.


Mohamed Ismail Jaafar (kiri), menerangkan kepada Dr. Ahmad Salleh, sambil membelek orkid di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, Kluang, Johor.

Pengusaha nangka Mazlan Mustakim, menunjukkan hasil tanaman nangka organik yang akan dipamerkan pada Ekspo Agro Johor 2009, Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, Kluang, Johor, Sabtu ini.
...
Mohd. Ismail mengakui, beliau kini mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan daripada perusahaan berkenaan.
...
“Apa yang saya nak kongsikan dengan pengunjung ialah mereka boleh melihat teknologi yang digunakan di samping boleh beli benih terbaik serta bunga orkid yang digemari.
...
“Mereka juga boleh mempelajari cara mengusahakan orkid secara komersial, kerana bidang ini amat kurang diceburi oleh kaum bumiputera sedangkan ia menjanjikan pulangan lumayan,” katanya.
...
Mengenai benih orkid, Mohd. Ismail berkata, benih-benih berkualiti diperoleh dari Thailand, antaranya dendrubium, mokara, aranda, oncidium, vanda dan aramthera.
...
Justeru, orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai bunga orkid boleh menghubunginya di talian 019-7107271.

Thursday, November 5, 2009

Sotong kering mengandungi kadmium

Para penggemar sotong kering pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam jenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.
...
Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.
...
Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium.
...
Menurut Presiden CAP, S.M Mohamed Idris, hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi 4 kali ganda daripada kadar dibenarkan.
...
"Dalam satu ujian secara rawak, enam sampel sotong kering diuji untuk mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, lima sampel mengandungi kadmium dengan tiga daripadanya melebihi piawaian keselamatan."
...
"Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian per sejuta,"katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.
...
Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik, pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.
...
Mohamed Idris berkata, selain menjadi bahan kimia pengganggu endokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi.
...
Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar.
...
"Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut".
...
"Ini diperhatikan melalui satu sindrom yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),"jelasnya.

Thursday, October 29, 2009

KHASIAT TEH DAN KOPI








Mana satu minuman kegemaran anda setiap pagi, kopi atau teh?
Yang pasti, minuman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri.









Ada orang yang berasa tidak bertenaga dan lemah lesu selagi tidak mendapat secawan kopi atau teh. Segar rasanya setelah menghirup secawan kopi atau teh panas. Pun begitu, kopi atau teh ini banyak kegunaannya dari sudut kecantikan. Mudah dan berkesan.

Rambut bersinar dengan kopi

Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.
...
Kopi singkir selulit
Jika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ni anda boleh buat sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu.
Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur dengan satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.
...
Buang sel kulit mati dengan kopi
Buang sel kulit mati dan dalam masa yang sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit anda kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.
...
Mata segar dengan teh
Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata anda serta-merta.
...
Teh melegakan kaki yang penat
Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.
...
Teh sebagai rawatan wajah
Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.
Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu, bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.
...
Teh melegakan luka
Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulangi lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.
...
Kulit kepala sihat dengan teh
Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isu uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.

Thursday, October 22, 2009

Orang Asli Sentiasa 'Diperhati'

KLUANG 20 Okt. - Orang Asli sering dikaitkan dengan kemiskinan, namun kini masyarakat pribumi itu tidak ketinggalan mengecapi pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan.
Malah, kerajaan sentiasa mengambil berat kemudahan dan kebajikan kaum tersebut termasuk membawa pelbagai kemudahan seperti bekalan air bersih, elektrik dan perumahan yang selesa.
Baru-baru ini, 21 ketua keluarga masyarakat Orang Asli di Kampung Tanah Runtuh, Kluang turut menerima replika kunci rumah masing-masing yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Asiah Md. Ariff.
Menurut Asiah, kerajaan tidak pernah meminggirkan kaum pribumi itu, malah sentiasa menyediakan pelbagai prasarana di perkampungan mereka sejak negara mencapai kemerdekaan lebih sedekad lalu.
"Turut dilaksanakan projek perumahan di bawah Program Bantuan perumahan Rakyat menerusi kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) seperti yang kita sampaikan ini," katanya.
Pada majlis penyampaian replika kunci rumah berkenaan, masyarakat Orang Asli turut dijamu sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah JHEOA, Mohd. Sani Mistam dan Pengarah JHEOA Johor, Mohd. Shahnaz Yazid.
Daripada 21 penerima rumah dalam program berkenaan, 16 daripada mereka adalah di beberapa Kampung Orang Asli di Kluang dan lima lagi penduduk di Mersing.
"Pembinaan rumah tiga bilik ini untuk membolehkan mereka tinggal bersama keluarga dalam keadaan lebih selesa," kata Asiah.
Beliau berkata, sebanyak 149 rumah untuk golongan itu telah didirikan oleh JHEOA Johor dengan kos RM4.8 juta di seluruh negeri menerusi peruntukan pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini.
Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 134 telah pun siap dibina dan diduduki, manakala bakinya dijangka siap November ini.
"Kesemua rumah ini dilengkapi kemudahan asas termasuk bekalan air bersih dan elektrik," katanya.
Beberapa lagi projek perumahan akan dilaksanakan oleh JHEOA di negeri itu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), katanya.
Asiah menggesa masyarakat Orang Asli agar memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.
"Selain pembangunan, kerajaan turut menyediakan kemudahan lain termasuk imput pertanian untuk menggalakkan Orang Asli terlibat dalam projek pertanian," katanya.

KLUANG...



ASAL USUL PEMBUKAAN KLUANG...

Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupun Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejenis kelawar yang terbesar di dunia. Ada juga cerita yang mengisahkan begitu banyak sekali jumlah binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukum bagi menghalau mereka, tetapi cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang-orang lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kluang Kampung telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.

Menurut Datuk Haji Mohd Said, seorang tokoh penulisan Johor yang terkenal, Kluang mendapat namanya daripada Sungai Kluang, tetapi pada hakikatnya tidak ramai orang yang tahu adanya sungai ini di Kluang. Sungai Melantai kadang-kala dipanggil sedemikian keranan melintasi Kluang Kampung. Dalam peta topo moden tercatat nama Sungai Kluang pada sebuah cawangan Sungai Mengkibol yang berpunca dari kaki bukit Gunung Lambak.

Orang jakun ataupun biasa dipanggil orang Ulu oleh orang Melayu Endau merupakan penghuni kawasan hutan rimba di pedalaman Johor ini. Hanry Kale yang telah menjelajahi kawasan ini telah menyusuri Sungai Endau, Sembrong, Seiai, Kahang dan cawangannya bersama rombongannya pada tahun 1892 dalam rangka menetapkan sempadan antara Johor dengan Pahang.

Lake dan pembantunya HI Kelsal telah menemui orang jakun bekerja dengan orang Melayu Endau dalam usaha mencari rotan terutamanya dari jenis Sentawa, kapur barus di kawasan Kahang, gutta perca (getah taban) danar dan hasil hutan yang lain. Hasil rotan di bawa ke Endau dan daripada situ dijual di Singapura.

Mereka juga menyatakan bahawa telah terdapat penempatan-penempatan orang Melayu di tebing sungai Sembrong-Endau dan Kahang di mana penghulunya bernama Che Ma Hassain ( Encik Mat Hussain ) banyak membantu Lake dan rakan-rakannya. Menurut Lake lagi , sebuah penempatan bernama Londang 75 km daripada stesen kerajaan di Kuala Sembrong didiami oleh Penghulu Che Ma Dagang bersama-sama beberapa orang Melayu. Londang terletak berhampiran bandar Kluang lebih kurang 10 km ke utaranya di pertemuan Sungai Paloh dan Sungai Melantai-Mengkibol dengan Sungai Sembrong. Kawasan di antara Londang dengan kawasan Sungai Melantai (Meletir) ialah kawasan bandar Kluang sekarang ini. Ia tidak didiami orang kecuali beberapa orang jakun yang merayau-rayau di sini. Terdapat juga sebatang lorong hutan yang menghubungi kawasan ini dengan kawasan Sembrong Batu Pahat yang sudah pun diterokai oleh pekebun-pekebun gambir dan lada hitam Cina. Oleh itu, pada tahun 1892 belum wujud lagi sebuah penempatan bernama Kluang jika berpandukan kepda pemerhatian Lake dan Kelsall. Lake juga menyebut bahawa 'trace' jalan kereta api Johor merentasi kawasan berpaya ini.

Penanam-penanam gambir Teochew yang telah membuka kangkar-kangkar di sungai-sungai Johor, Sungai Skudai, Sungai Sedih Sungai Sembrong, Sungai Batu Pahat Sungai Muar dan lain-lain nampaknya tidak berminat mendirikan kangkar di kawasan yang dibincangkan ini kerana masih diliputi hutan dan paya tropika yang tebal. Penempatan paling hampir, dibuka sebelum 1893 ialah kawasan pinggiran di Sungai Sembrong-Batu Pahat.

Di Sungai Kahang terdapat sebuah kangkar yang dipercayai didirikan kemudian daripada tahun 1893. Bagaimanapun di sekitar tapak bandar Kluang sudah terdiri penempatan-penempatan kecil didiami orang Melayu dan jakun yang berfungsi sebagai pengkalan memungut hasil hutan terutamanya rotan yang dikenali sebagai Londang dan Pengkalan Pan. Tempat terakhir di sebelah tebing kanan Sungai Sembrong, 20 km dari Kuala Kahang di mana Lake telah menemui seorang peniaga Cina dan beberapa orang Melayu.

Pembukaan Kluang berhubung rapat dengan usaha pembinaan jalan kereta api Johor. Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) di bawah Swetthenham ketika itu bercadang menyambung sistem kereta api Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan Singapura. Menjelang penghujung abad ke-19 jalan kereta api dari Kuala Lumpur sedang dibina merentasi sempadan Johor, sementara di Singapura cadangan membina jajaran landasan ke Selat Tebrau telah diluluskan. Oleh kerana terdapat sedikit masalah tentang siapakah yang harus menguasai jalan kereta api ini, maka pada tahun 1904 satu persefahaman kereta api diwujudkan yang melibatkan penguasaan bersama di bawah satu lembaga yang terdiri daripada pegawai-pegawai jahar dan NMB. Pada 1909 jalan kereta api johor dibuka untuk laluan. Kdth Sinclair berpendapat bahawa pembinaan landasan ini telah membawa banyak kesan perubahan, termasuk penghijrahan tenaga buruh dari ladang-ladang getah ke kawasan pembinaan jalan kereta api kerana kadar upah yang ditawarkan oleh kontraktor-kontraktor jalan kereta api lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak ladang.

Dengan terbinanya jalan kereta api ini, kawasan-kawasan di utara dan tengah Johor mula dihujani kemasukan modal luar terutamanya dari Negeri-negeri Selat dan Britain. Harga getah yang semakin meningkat naik dan memuncak pada tahun 1910,mendorong syarikat-syarikat getah melabur dan mendapatkan konsesi tanah bagi tujuan menanam getah. Tambahan pula, stesen-stesen kereta api kecil telah didirikan sepanjang perjalanan dari utara ke selatan. Ini termasuklah stesen-stesen Batu Anam, Segamat, Labis, Paloh, Chamek, Niyor, Mengkibol, Rengam, Layang-layang, Kulai, Tebrau dan terminal utamanya di Johor Bahru.

Memandangkan tanah hutan di sekitar Mengkibol sedang diusahakan bagi penanaman getah maka NMB bercadang untuk membina sebuah stesen kereta api di kawasan tersebut dalam tahun 1910. Cadangan ini dipersetujui oleh pihak Berkuasa di Johor Bahru dan dengan demikian stesen kereta api yang dinamakan Stesen Kluang siap dibina pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1910 juga sistem pemilikan tanah telah disesuaikan dengan sistem tanah NMB apabila Enakmen Tanah Johor dikuatkuasakan sejajar dengan matlamat kerajaan Johor memodenkan jentera pentadbiran tanah dan bagi menarik pelaburan ke Johor. Kerajaan juga menawarkan sewa dan premium tanah yang rendah kepada pengusaha-pengusaha. Bagi 6 tahun yang pertama sewa tahunannya ialah 50 sen seekar selanjutnya $ 2.50 setahun dengan mendapat rebet $1.50 untuk tanah yang ditanam dengan kelapa dan pokok buah-buahan. Premium ialah $3.00 seekar sekiranya tanah menghadap jalan raya dan $2.00 sebaliknya.

Orang Melayu yang terawal memohon tanah di Kluang terdiri daripada Penghulu Dollah Ariff dengan anak buahnya daripada Kluang Kampung. Penghulu dipercayai mewakili anak buahnya yang berasal dari keturunan Inderagiri yang juga dari Endau. Semua permohonan mereka diluluskan kerana menurut pihak berkuasa mereka ini memang telah lama menetap di kawasan tersebut. Boleh dikatakan bahawa mereka merupakan antara penghuni-penghuni yang terawal di Kluang. Keturunan mereka yang masih menetap di Kluang menyatakan bahawa kebanyakan mereka berasal dari sebuah penempatan bernama Tanjung Gemuk di Endau dan Inderagiri adalah baik dan dirapatkan lagi melalui ikatan perkahwinan. Rekod Commissioner Of Laild And Mines (CLM) menunjukkan orang Cina adalah kumpulan yang memulakan kegiatan berkebun di sini. Mereka mendapatkan tanah di sekitar stesen Mengkibol dan Nyior tidak jauh dari Kluang. Di antara taukeh-taukeh ini ialah Goh Yew Sing, Lew Lye Sang dan Leong Fong Chew dari Singapura yang membeli tanah seluas 1,200 ekar di Nyior. Taukeh Yow Ngan Pan telah memohon tanah seluas 2,000 ekar di Mengkibol. Pada tahun berikutnya Yeo Kim Swee dari Riverside, Melaka telah mengusahakan penanaman getah dan ubi kayu di tempat yang sama.

Dalam tahun 1911 juga sebuah balai polis telah didirikan bagi mempertingkatkan perkhidmatan polis di Kluang di samping mengawal keselamatan memandangkan semakin ramai buruh-buruh yang bekerja menebang dan membersihkan hutan di Kluang bagi membina jalan antara Batu Pahat dengan Mersing. Untuk kemudahan pegawai-pegawai kerajaan dan pengusaha-pengusaha ladang getah Eropah sebuah 'Rest House' didirikan berhampiran stesen Kereta api Kluang. Oran-orang Cina pula telah mula mendirikan kedai-kedai atap dan beberapa orang Melayu telah menyewakan rumah-rumah kedai ini kepada peniaga Cina.

Wednesday, October 14, 2009

Oktober diisytiharkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan

Kerajaan mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya Bahasa Kebangsaan sebagai alat memupuk perpaduan.Bahasa Malaysia terkenal sebagai bahasa yang mudah difahami dan dihargai semua.
.
Pelancong asing sepatutnya dengan mudah dapat bertutur bahasa Kebangsaan Malaysia," kata sukarelawan American Peace Corps Frank Healey kepada Bernama di sini barubaru ini.Beliau berkata terdapat beberapa faktor yang turut membantu memudahkan Bahasa Malaysia dipelajari termasuk dari segi fonetik, ejaan dan nahu yang tidak rumit.
.
"Satu sebab yang utama, Bahasa Malaysia ditulis dalam bentuk ejaan rumi dan ini menyenangkan mereka dari negara yang berbahasa Inggeris seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand bertutur dalam bahasa itu", katanya.Ramai juga dari kalangan ekspatriat asing di negara ini sudah pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia, walaupun secara ringkas tapi cukup untuk difahami oleh orang yang mendengarnya.Itulah pengalaman pemandu teksi Abu Bakar Ibrahim."Saya ada ambil ramai penumpang 'Mat Salleh' dan mereka pandai bertutur Bahasa Malaysia yang mudah," kata beliau.
.
FAHAMAN ASAS
.
"Warga Bangladesh dan India yang bekerja dalam sektor pekhidmatan di Malaysia pun pandai bertutur Bahasa Malaysia walapun sebutan dan penggunaannya tidak berapa tepat," kata ahli fisioterapi wanita dari Filipina, Joey Dalisay.Menurut Dalisay, orang asing boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan agak baik apabila beliau dapat menguasai perkataanperkataan yang asas serta faham tentang penggunaan nahu.
.
Pensyarah linguistik Abdul Rasheed Abd Rahman berkata Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) ialah bahasa yang terbesar di Asia Tenggara dan antara yang paling meluas penggunaannya di Asia.Negara yang menggunakan bahasa itu ialah Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand, Timur Leste dan beberapa kawasan di selatan Filipina.
.
"Bahasa ini diterima kerana mudah sebutannya dan senang untuk dikuasai apatah lagi kepentinganya dari segi impak kebudayaan dan sosial".Kata Abdul Rasheed, Bahasa Malaysia mempunyai beberapa perkataan yang dipinjam dari bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Arab, Sanskrit, Tamil, Parsi, Portugis, Belanda dan beberapa loghat Cina.
.
Dalam negara ini, Bahasa Malaysia ialah bahasa untuk semua, kata Abdul Rasheed."Ia bahasa 1Malaysia, seperti yang dinginkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak", tambah beliau.
.
APA KATA ORANG MUDA?
.
Bila ditanya apa perasaan beliau ketika bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan rakan-rakan dari kaum lain, mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Muhamad Zul Azraii Zulkiple berkata:"Saya tak pernah rasa rendah diri bila berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Bahkan saya berasa bangga kerana bahasa itu mencerminkan asal-usul saya. Rakan-rakan bukan Melayu pun memang fasih dalam Bahasa Malaysia," katanya.Bagi Muhamad Zul Azraii, tiada asas untuk mengatakan sebagai 'tidak mengancam' bila berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.
.
Semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan telah diarah untuk melaksanakan program Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang bulan Oktober tahun depan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat akan pentingnya Bahasa Kebangsaan sebagai alat memupuk perpaduan serta bahasa komunikasi.
.
PEGUAM
.
Menurut laporan berita, hampir 80 peratus daripada 13,000 peguam di negara ini kini menggunakan Bahasa Malaysia ketika mengendalikan kes di mahkamah.Dalam laporan itu, Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam Malaysia, Muhammad Hasif Hassan berkata penggunaan bahasa kebangsaan meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini walaupun peguam menghadapi kesukaran dari sudut istilah, tatabahasa dan terjemahan.
.
"Penterjemahan sedikit sukar apabila istilah, tatabahasa dan laras bahasa undangundang berbeza dengan bahasa seharian yang biasa digunakan. Bagaimanapun kami yakin dapat menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya tidak lama lagi", beliau dilaporkan berkata.Katanya walaupun kebanyakan peguam mengikuti pengajian mereka dalam bahasa Inggeris tetapi mereka mengambil inisiatif sendiri untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan untuk prosiding mahkahmah.
.
BAHASA UNTUK SEMUA
.
Pada tahun 2007, Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kabinet membuat keputusan menukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum.Menurut Najib, kerajaan sedar Bahasa Kebangsaan merujuk kepada Bahasa Melayu tetapi mahu menjadikannya sebagai bahasa untuk semua rakyat tanpa mengira lapisan masyarakat dan keturunan etnik.
.
"Pandangan kita (kerajaan) ialah supaya Bahasa Kebangsaan jadi milik semua."Kalau kita anggap ia sebagai Bahasa Malaysia, bahasa itu adalah milik kita semua. Itulah rasionalnya... untuk tujuan perpaduan, penggunaan, integriti dan bersatu hati," Najib dilaporkan berkata.Langkah Kabinet menukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dua tahun dahulu juga selari dengan konsep gagasan 1Malaysia.
.
APA KATA RAKYAT BIASA?
.
"Jika semua rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia dalam semua rutin harian mereka, dapatlah disemai perasaan jati diri dalam diri kita semua tidak kira apa bangsa dan asalusul", kata Jamiliah Othman, seorang jururawat.Pusatpusat pengajian tinggi negara telah menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya dalam kursus profesional seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan dan seni bina sejak awal tahun 1980an.Istilah Bahasa Malaysia diperkenal oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, kerana ia mencerminkan identiti Malaysia.
.
BAHASA 'NEUTRAL'
.
"Ramai menganggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang 'neutral' dan tidak terikat kepada sebarang kumpulan etnik.Bagaimanapun kata seorang pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), yang enggan dikenali, memandangkan Bahasa Malaysia asalnya daripada Bahasa Melayu, maka tidak dapat dielakkan daripada dikaitkan dengan masyarakat Melayu.
.
"Rakyat Malaysia telah menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Malaysia bukan lagi hak eksklusif orang Melayu, tetapi oleh semua rakyat di negara ini sesuai dengan apa yang dimahukan dengan konsep 1Malaysia", kata beliau.Seperti kata seorang rakan penulis, Wee Tean Swee yang berasal dari Kelantan, beliau menggunakan Bahasa Malaysia dalam pertuturan dengan rakanrakan sejak dari sekolah rendah lagi."Di rumah pun, saya akan bertutur dengan ibu bapa serta adikberadik dengan menggunakan bahasa kebangsaan," katanya.
.
- BERNAMA

Wednesday, October 7, 2009

Makanan Membangun Otot

Ada banyak makanan yang tersedia tetapi hanya sebahagian yang berguna untuk otot. Tentunya ia bukan bererti makanan lain tidak berguna, tetapi ia berguna untuk bahagian tubuh yang lain. Berikut adalah beberapa makanan yang dapat membangun otot anda :

PUTIH TELUR
Putih telur merupakan sumber protein yang sempurna untuk membangun otot kerana mempunyai BV (biologic value) yang paling tinggi serta kandungan yang paling tinggi.

TAUGEH
Makanan kecil ini ternyata mempunyai khasiat yang luar biasa pada tubuh. Kandungan Vitamin E yang tinggi pada makanan ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat mencegah radikal bebas yang terjadi setelah melakukan latihan beban. Semakin otot terkena radikal bebas, semakin cepat pemulihan otot dan pertumbuhannya.

IKAN
Ikan amat berguna bagi tubuh kerana kandungan asid omega 3 dapat membantu mencegah penguraian otot setelah kita melakukan olahraga. Oleh itu, massa otot akan berkembang.

YOGURT
Kandungan CLA pada yogurt membantu mengurangkan lemak pada tubuh. Selain itu, kandungan karbohidrat yang tinggi dan bersih dapat membantu tubuh anda yang sangat memerlukan karbohidrat selesai membuat kerja berat.

AVOKADO
Kandungan lemak tak jenuh berfungsi sebagai anti katabolik sehingga dapat mencegah kerosakan otot dan memperkuatkannya.

AIR
Tubuh dan otot terdiri daripada 80 peratus air. Oleh itu, air berperanan penting untuk pertumbuhan otot. Hasil kajian menunjukkan bahawa otot yang mengandungi cukup air lebih mudah membuat sintesis protein dibandingkan juka kekurangan air.


KOPI / COKLAT
Kopi mengandungi kafein yang dapat memacu kerja jantung sehingga otot dapat bekerja lebih kuat untuk mengangkat beban. Selain itu, ia juga membantu pembakaran lemak seterusnya dapat melangsingkan tubuh. Namun, jika anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan kafein, sebaiknya jauhi makanan ini. Sebaliknya, kurangkan pengambilannya kerana ia mempunyai pengaruh pada hormon kotisal.