"1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia"
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia
- 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan-
.
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak :
.
"Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita ;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama"
No comments:
Post a Comment