Bagi yang mengidap ulser, kudis atau bisul mungkin boleh mencuba petua ini : Caranya, tumbuk lumat beberapa helai daun pokok nona dan tampalkan pada ulser, kudis atau bisul tersebut. Insya-Allah penyakit tersebut akan berkurangan jika diulangi beberapa kali. Daun yang telah ditumbuk tersebut boleh juga disapu pada kepala untuk merawat sakit kepala.
Showing posts with label Terapi Alam. Show all posts
Showing posts with label Terapi Alam. Show all posts
Friday, October 2, 2009
Terapi Alam - MERAWAT DEMAM PANAS
Pokok ketapang yang tumbuh melata di kampung-kampung sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri. Kulit dan akar pokok ketapang direbus dan airnya diminum bagi mengurangkan demam panas, masalah hati dan hempedu, serta cirit-birit. Daun ketapang pula dihancurkan dan dimasukkan dalam air mandian untuk mengatasi ruam.
Terapi Alam - KHASIAT BUAH KUNDANG
Buah kundang bukan sahaja enak dimakan bahkan ianya sebenarnya mempunyai banyak khasiat ubatan. Orang dulu-dulu menggunakan daun kundang untuk mengurangkan sakit kepala. Daun tersebut ditumbuk lumat dan ditampal pada kepala. Manakala cecair diperah daripada daun kundang yang sudah ditumbuk lumat sesuai digunakan sebagai pencuci mulut dan kerongkong. Terapi Alam- MERAWAT MATA YANG SAKIT
Bagi yang tinggal di kampung tentunya biasa dengan pokok jambu mawar. Walaupun agak kurang popular berbanding jambu lain, ia mempunyai kelebihan tersendiri terutamanya dalam amalan petua orang lama. Air rebusan daun jambu mawar boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit. Daun yang dihancurkan dan dimasukkan dalam air mandian boleh mengurangkan demam panas.
Terapi Alam - DAUN CEREMAI ATASI ALAHAN KULIT
Amalan orang dulu-dulu apabila mengalami alahan kulit adalah dengan menggunakan daun ceremai. Caranya, daun tersebut diramas atau ditumbuk lalu disapu pada kulit yang bermasalah. Selain itu, daun dan buah ceremai juga boleh dimakan sebagai penawar racun.
Terapi Alam - RAHSIA BELIMBING
Buah belimbing memang menyegarkan lebih-lebih lagi apabila dimakan pada waktu panas. Namun, ramai yang mungkin tidak tahu ia juga mempunyai khasiat perubatan. Buah yang ditumbuk lumat dan ditampal pada luka dapat membantu menghentikan pendarahan. Ia juga mampu bertindak menyuci nanah jika ditampal pada bisul. Air rebusan bunga belimbing pula jika diminum dipercayai dapat membantu membunuh dan mengeluarkan cacing dalam perut khususnya pada kanak-kanak.
Subscribe to:
Posts (Atom)