Friday, September 18, 2009

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)

Di bawah pakej rangsangan ekonomi ke-2 Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperuntukkan 15 jawatan kepada MPPG untuk pengambilan Pegawai Khidmat Singkat bagi jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 bagi menjalankan kerja-kerja kawalan penyakit dan pemantauan premis-premis makanan.
Pemohon daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan tersebut secara kontrak dalam perkhidmatan. Calon-calon di kalangan mahasiswa yang masih menganggur adalah dialu-alukan.
Butiran jawatan adalah seperti berikut:
1. Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam (U17)(Kawalan penyakit bawaan vektor dan keselamatan makanan)
2. Kelayakan : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian subjek Bahasa Melayu dan Sains
3. Umur : 18 tahun ke atas
4. Warganegara : Malaysia (Keutamaan kepada pemastautin Pasir Gudang)
5. Jantina : Lelaki / Perempuan
6. BayaranPerkhidmatan : RM1,200.00 sebulan
7. Kelayakan lain :
7.1 Pelepasan dari bertugas selama 12 hari dalam setahun
7.2 Pelepasan bertugas kerana sakit berjumlah 10 hari maksimum dalam setahun
7.3 Tuntutan kerana menjalankan tugas rasmi bersamaan Gred 17 (kecuali elaun lebih masa)
8. Syarat-syaratKhas :
8.1 Sihat tubuh badan
8.2 Bersedia bekerja mengikut syif
9. Cara Memohon :
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dari;
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Pasir Gudang,
Aras 1, Kompleks Pusat Bandar.
Atau di muat turut di http://www.mppg.gov.my.10/.
Tarikh tutup : 25hb September 2009 (Jumaat)
10. Tempoh Kontrak : OKTOBER 2009 SEHINGGA DISEMBER 2010
DOWNLOAD IKLAN

No comments:

Post a Comment