Tuesday, September 1, 2009

Kadar Zakat Fitrah 1430H / 2009M

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telaj menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1430H bersamaan 2009M pada kadar RM5.00 dan RM7.50 bersamaan satu gantang beras.
Panduan kadar fitrah :
1. Harga fitrah RM5.00 : Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (Beras Nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
2. Harga fitrah RM7.50 : Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)
Maklumat lanjut sila layari Laman Web Rasmi MAINJ (http://www.maij.gov.my/)

No comments:

Post a Comment