Thursday, August 20, 2009

Klinik Khidmat Nasihat Undang-Undang / Guaman di Pusat Maklumat Rakyat Kluang

Pada 19hb. Ogos 2009, Biro Bantuan Guaman Negeri Johor telah mengadakan Klinik Khidmat Nasihat Undang-Undang / Guaman bertempat di Pusat Maklumat Rakyat Kluang. Tiga orang kakitangan Biro Bantuan Guaman, Cik Noor Doty Rasul, Cik Noorul Badariah Abd. Majid dan En. Teoh Kwok Wai telah memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan bantuan dari sudut guaman dan undang-undang. Perkhidmatan ini dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

En. Teoh, Cik Noor Doty dan Cik Nurul Badariah melayan mereka yang memerlukan khidmat dari Biro Bantuan Guaman


Antara yang mendapatkan khidmat dari Biro Bantuan Guaman

Ketua Masyarakat Sri Lalang, En. Wong Fook Onn turut mengambil kesempatan mendapatkan khidmat dari Biro Bantuan Guaman

Kakitangan PMR, En. Isa bergambar bersama En. Wong

En. Wong menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PMR

Bergambar bersama Ketua PMR dan Ketua Masyarakat Sri Lalang, En. Wong
................................................................................
Peranan dan fungsi Biro Bantuan Guaman :
a. memberi nasihat dalam semua perkara undang-undang, sivil dan syariah
b. mewakili atau menyediakan khidmat peguam dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah di Malaysia (sivil atau syariah) yang termasuk di bawah bidang kuasanya.
c. menjalankan proses pengantaraan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian secara damai dan sukarela
d. memberi ceramah dan penerangan kepada orang awam tentang hak-hak mereka di bawah Akta Bantuan Guaman 1971
e. mengadakan perkhidmatan nasihat guaman dan undang-undang kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman
...............................................................................
Siapa yang layak mendapatkan khidmat bantuan guaman?

1. Pemohon berpendapatan tidak melebihi RM25,000 setahun, layak mendapat khidmat bantuan guaman secara PERCUMA dan hanya perlu membayar RM2.00 sebagai yuran pendaftaran
2. Pemohon berpendapatan melebihi RM25,000 setahun tetapi tidak melebihi RM30,000 setahun, dikenakan bayaran sebanyak RM300 dan yuran pendaftaran RM2.00
..............................................................................
Jenis-jenis kes yang boleh diberi khidmat bantuan guaman :

Kes kekeluargaan sivil / syariah
1. Tuntutan nafkah
2. Perubahan perintah nafkah
3. Menguatkuasakan perintah nafkah
4. Tuntutan cerai
5. Hak sepenjagaan
6. Harta sepencarian / harta perkahwinan
7. Mutaah
..................................
Kes sivil
1. Pampasan pekerja
2. Penanaman padi
3. Harta pesaka kecil
4. Kemalangan
5. Pinjaman wang
6. Sewa beli
7. Sewa menyewa
8. Surat mentadbir pesaka
9. Permohonan anak angkat
10. Tuntutan pengguna
..................................
Kes jenayah
1. Untuk meringankan hukuman bagi mereka yang mengaku bersalah dalam semua kes jenayah di Mahkamah Sivil
2. Prosiding jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
3. Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955
...........................................................................
BIRO BANTUAN GUAMAN CAWANGAN JOHOR

Pengarah
Biro Bantuan Guaman
Tingkat 2, Bangunan Pusat Profesional
Jalan Dato' Syed Mohamad Mufti
80000 Johor Bahru
No. Tel : 07-223 4960 / 223 7073
No. Faks : 07-224 7169

1 comment:

  1. sekadar nak luahkan sesuatu yang terpendam dalam sejarah permahkamahan yang tidak berakhir dengan noktah tertentu. Ini adalah kes pengenepian pekerja-pekerja mse sejak dari Fwbruari 1987 melibatkan 342 kakitangan syarikat dari berbagai gulungan tidak selesai sehinga kini gara-gara permainan tidak sihat umpan mengumpan dan lakunan guaman yang mencari penyelesaian secara tidak sihat dan dah tentu habuan yang amat besar tersedia menungggu seandainya kes dapat diketepikan. hakikatnya menjadikan ramai dari gulungan pekerja yang tidak mendapat imbuhan atau pampasan yang sempurna gara-gara kelemahan kesatuan pekerja-pekerja mse yang dipercayai berkepentingan dalam mentadbirkan proses penyelesaian isu. sehingga kini kes akan tiba ke penghujung di mahkamah persekutuan kuala lumpur dalam masa yang terdekat barangkali. Pun begitu kesatuan langsung tidak aktif dalam menjana perhubungan antara bekas-bekas ahli yang terlibat selain hasutan untuk menolak kes agar kes dapat diketepikan dan janjian habuan untuk beberapa rangkaian individu tersedia menanti untuk di ngap bakal menjadikan ulam di neraka jahanam kelak!!

    ReplyDelete