Tuesday, March 30, 2010

Jawatan Kosong ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menyediakan program-program pelajaran kepada anggota koperasi di samping menyediakan khidmat keusahawanan dan perkhidmatan potongan gaji kepada kakitangan kerajaan untuk tujuan koperasi, kelab, kesatuan dan syarikat berkepentingan kerajaan.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat kami seperti berikut :

1. Pengurus Keusahawanan (Kontrak)
2. Timbalan Bahagian Akaun Kutipan dan Perhubungan Pelanggan
3. Ketua Unit Pembekalan dan Pemsaran (Kontrak)
4. Pegawai Keselamatan Harta dan Peralatan
5. Pegawai Pelajaran
6. Pegawai Pembekalan dan Pemasaran (Kontrak)
7. Pegawai Skim Perlindungan dan Khidmat Sosial
8. Juruanalisa Sistem
9. Pemberita
10. Setiausaha
11. Penolong Pegawai Pra Audit
12. Kerani Kanan
13. Pemandu
14. Pengasuh (Kontrak)

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan beserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :

PENGURUS UMUM
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
PETI SURAT 8797, PEJABAT POS KELANA JAYA,
46798 PETALING JAYA,
SELANGOR
atau emel ke sumber@angkasa.coop
laman web : www.angkasa.coop/images/iklan-jawatan-001-umsia-27.03.2010.pdf untuk iklan penuh

Tarikh Tutup : 5 April 2010

No comments:

Post a Comment