Thursday, March 25, 2010

Kempen Kesedaran Alam Sekitar Sempena "Earth Hour" Negeri Johor

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor akan mengadakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar "Earth Hour" yang akan diadakan pada 26-27 Mac 2010 bertempat di Aras 1, Kompleks Menteri Besar, 79503 Kota Iskandar, Nusajaya, Johor, yang akan dirasmikan oleh Y.B En. Tan Kok Hong, Pengerusi J/Kuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Bangunan Pejabat Kerajaan, bangunan yang sesuai menyertai "Earth Hour" serta orang ramai digalakkan mengambil bahagian dengan memadam lampu pada 27 Mac 2010 mulai jam 8.30 hingga 9.30 malam (1 jam)

Rakyat Kluang, sama-samalah kita menyokong kempen ini dengan memadamkan lampu selama satu jam pada tarikh dan masa tersebut!

No comments:

Post a Comment